PDRM diminta perinci tugas bantu penguatkuasaan di stesen minyak sempadan

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memperhalusi aspek penugasan termasuk peruntukan undang-undang serta penentuan pasukan yang akan digerakkan bagi melaksanakan penguatkuasaan di stesen minyak di kawasan sempadan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keperluan itu timbul memandangkan penguatkuasaan di premis berkenaan bukan sebahagian daripada tanggungjawab utama pasukan polis.

Menurut beliau, penempatan anggota PDRM di stesen minyak di kawasan sempadan adalah bagi membendung aktiviti penyeludupan yang dikenal pasti menggunakan premis tersebut sebagai laluan.

“Dalam keadaan sekarang, penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ada dalam 2,300 hingga 2,400 orang sahaja… tak padan.

“Jadi polis kena sambut. Cara sambut, susun. Pertama perincikan dahulu apa maksud penugasan. Akta mana nak digunakan, pasukan mana yang nak kita kerahkan,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr Awang Alik Jeman serta Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dalam pada itu, Saifuddin menegaskan pendekatan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara lebih tersusun dan berasaskan data di kira-kira 170 stesen minyak di kawasan sempadan negara.

Beliau berkata, maklumat jualan daripada Kementerian Kewangan dan KPDN boleh digunakan untuk mengenal pasti premis yang mencatatkan transaksi luar biasa bagi tujuan pemantauan lebih rapi.

“Kalau nilai jualan itu mencanak tak masuk akal, tak munasabah, zoom in (tumpukan) situ terus.Tingkatkan pengawasan di situ. Itu maknanya bekerja secara bijak dengan menggunakan data dan data mesti dikongsi oleh kementerian yang berkenaan sebab tugas kita tugas membantu,” katanya.

Menurutnya, tempoh pelaksanaan penugasan tersebut bergantung kepada perkembangan semasa termasuk kesan konflik di Asia Barat.

Beliau berkata, arahan Jemaah Menteri akan dinilai semula sekiranya statistik menunjukkan penurunan dalam aktiviti penyeludupan sepanjang tempoh penguatkuasaan.

Katanya, PDRM juga memerlukan masa untuk menyusun pergerakan anggota sebelum ditempatkan di lokasi berkenaan.

“Kita sukat ikut keupayaan kita dengan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas supaya anggota kita yang ditugaskan itu tidak samar-samar dari segi penugasan. Itu saya serahkan kepada pasukan polis,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar