Guru rempuh pelajar dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli

KOTA BHARU – Seorang guru wanita berusia 57 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman selepas dipercayai terlibat dalam kejadian merempuh dua pelajar dalam kawasan sekolah, kelmarin.

Suspek yang tiba di mahkamah dengan diiringi anggota polis dilihat dalam keadaan tenang ketika proses permohonan reman dijalankan bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.50 tengah hari di kawasan hadapan surau sebuah sekolah menengah di Tanjong Mas, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu suspek dipercayai telah terbabas sebelum melanggar dua pelajar perempuan.

Akibat kejadian itu, seorang pelajar berusia 13 tahun disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah, manakala seorang lagi pelajar mengalami kecederaan dan menerima rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila suspek secara tidak sengaja menekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan lalu merempuh mangsa.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan reman terhadap suspek selama dua hari bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

SANDAKAN – Borneo Bird Run kembali menemui masyarakat selepas tujuh tahun berehat apabila edisi keempat acara berkenaan bakal berlangsung di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok, pada 8 November ini. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik