Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu dijadikan pengajaran — PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar menjadikan tragedi yang mengorbankan seorang pelajar perempuan di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan sebagai pengajaran penting supaya lebih berhati-hati dalam setiap tindakan.

Menerusi hantaran di platform X, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin serta mendoakan agar mangsa yang cedera dalam kejadian itu segera pulih.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan siasatan dalaman bagi meneliti tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan insiden tersebut.

Menurut beliau, siasatan berkenaan dijalankan serentak dengan tindakan pihak berkuasa yang turut menyiasat kejadian itu.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 1.50 tengah hari, pelajar tingkatan satu, Nur Fatimatul Hawa dilaporkan maut, manakala seorang lagi pelajar mengalami kecederaan parah selepas dirempuh sebuah kenderaan di hadapan surau berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu wanita terbabit tersilap menekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar dua pelajar yang sedang memakai kasut di hadapan surau serta merempuh tiang batu bangunan tersebut.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

MoT ambil tindakan tegas terhadap Prasarana susulan insiden LRT tergelincir

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MoT) mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap Prasarana Malaysia Berhad susulan kejadian tren Transit Aliran Ringan (LRT) tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin, pagi tadi. Menteri Pengangkutan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MoT tubuhkan pasukan khas siasat insiden LRT tergelincir

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MoT) menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kejadian tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling yang tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin, pagi tadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerbau korban mengamuk: Seorang maut, seorang cedera dalam dua kejadian berasingan

Kerbau korban mengamuk: Seorang maut, seorang cedera dalam dua kejadian berasingan

MoT ambil tindakan tegas terhadap Prasarana susulan insiden LRT tergelincir

MoT ambil tindakan tegas terhadap Prasarana susulan insiden LRT tergelincir

MoT tubuhkan pasukan khas siasat insiden LRT tergelincir

MoT tubuhkan pasukan khas siasat insiden LRT tergelincir

PIBG, sekolah perlu seiring pacu kecemerlangan pelajar

PIBG, sekolah perlu seiring pacu kecemerlangan pelajar

Ibadah korban perkukuh silaturahim agensi, komuniti Parlimen Mukah

Ibadah korban perkukuh silaturahim agensi, komuniti Parlimen Mukah

Capaian talian hampir 10,000 penduduk terjejas, pengoperasian menara telekomunikasi perlu diteliti

Capaian talian hampir 10,000 penduduk terjejas, pengoperasian menara telekomunikasi perlu diteliti