Konflik Asia Barat: Jemaah haji perlu patuhi arahan TH, sentiasa berwaspada

SHAH ALAM – Jemaah haji Malaysia perlu sentiasa berwaspada dan mematuhi segala arahan ditetapkan Lembaga Tabung Haji (TH) susulan konflik di Asia Barat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata, kebajikan jemaah haji di negara ini akan sentiasa dipelihara serta dipantaj perkembangan semasa oleh kerajaan dan TH.

Menurut beliau, TH juga telah melakukan persiapan sebaik mungkin bagi memastikan operasi haji berjalan lancar, termasuk persediaan pelan kontingensi.

“Dalam keadaan dunia semakin mencabar kini, termasuk perkembangan geopolitik di Asia Barat, jemaah haji dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mematuhi segala arahan ditetapkan TH.

“Kerajaan dan TH akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan keselamatan serta kebajikan jemaah haji sentiasa terpelihara,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan pada Majlis Penutupan Kursus Perdana Haji Peringkat Selangor Musim Haji 1447H/2026 yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pada Ahad.

Sepanjang kursus dua hari itu, peserta melakukan simulasi praktikal bertawaf, sa’ie, melontar ketiga-tiga jamrah dan ibadah haji lain, bagi mendapat gambaran ketika di Tanah Suci nanti serta memantapkan lagi kefahaman jemaah.

Dalam pada itu, Zulkifli memaklumkan bahawa setiap tahun, jumlah permohonan menunaikan haji adalah sangat tinggi, manakala kuota negara adalah terhad.

Justeru, beliau berkata, usaha ke arah mencapai istito’ah perlu difahami dan dilakukan dari awal melalui simpanan yang konsisten, penjagaan kesihatan dan pengukuhan ilmu berkaitan ibadah haji bagi memastikan pelaksanaannya sempurna, teratur serta menepati syariat.

“Saya berharap jemaah haji negara, tahun ini, akan menggunakan peluang dan rezeki menjadi tetamu Allah ini dengan sebaik-baiknya. Perbanyakkan ibadah, berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jangan lupa untuk terus mendoakan kesejahteraan negara kita.

“Jemaah haji Malaysia juga dikenali sebagai jemaah berakhlak baik dan berdisiplin. Reputasi ini perlu terus dipelihara kerana jemaah haji bukan saja melaksanakan ibadah, malah membawa nama baik negara sebagai duta kecil Malaysia,” katanya.

Penerbangan jemaah haji ke Tanah Suci dijadualkan bermula 18 April ini hingga 20 Mei depan, manakala penerbangan pulang pula dari 4 hingga 30 Jun.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas disediakan untuk membawa seramai 31,600 jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci, tahun ini.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram