Polis Marin Tawau tumpas penyelewengan diesel lebih RM1 juta

TAWAU – Tindakan pantas Pasukan Polis Marin Tawau pada Jumaat berjaya menggagalkan penyelewengan bahan api sekali gus merampas 30,800 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM1,165, 320.

PPM Wilayah 4 Sabah dalam kenyataan memaklumkan, kejayaan itu susulan maklumat orang awam dan operasi risikan berhubung aktiviti penyeludupan di sekitar Jalan Sin San.

“Sebelum itu, pasukan PPM Tawau mengekori sebuah lori 21 tan yang mencurigakan menuju ke sebuah gudang tertutup di kawasan itu dan mendapati berlakunya aktiviti pemindahan minyak diesel secara tidak sah.

“Pemeriksaan lanjut menemukan tiga buah lori, tiga unit skid tank serta 10 tong drum yang digunakan bagi kegiatan tersebut,” menurut kenyataan itu, pada Sabtu.

Seorang lelaki warga tempatan turut ditahan untuk siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Related Posts

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

LIMBANG – Permainan layang-layang sebagai warisan tradisional masyarakat perlu terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi muda bagi memastikan khazanah budaya berkenaan tidak ditelan zaman. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMKS Zon Timur perlu rebut peluang ekonomi ECRL – Wan Rosdy

KUANTAN – Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Pantai Timur perlu besedia merebut peluang ekonomi yang bakal muncul dengan pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Disember ini. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA