Kerajaan Madani tonggak pengukuhan syiar Islam

DASAR dan pendekatan digunakan Kerajaan Perpaduan dalam mendekati masyarakat pelbagai kaum di negara ini, diakui memberi keselesaan kepada semua pihak.

Ini termasuklah masyarakat bukan Islam dan kumpulan minoriti yang lain.

Tanpa meminggirkan keutamaan terhadap perkembangan Islam, semua pelaksanaan program juga tidak membuat penganut agama lain dijarakkan dari arus semasa.

Usaha ini juga membuktikan segala kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan Malaysia sebagai negara inklusif – terutamanya membabitkan hal agama dan kaum – sedang berlangsung dengan sistematik.

Perkara ini juga diakui Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

“Kerajaan Madani mampu bertahan sehingga kini kerana dasarnya yang mengambil pendekatan sederhana dan berada di garis tengah, bukan kiri atau kanan, tidak ekstrem atau eksklusif.

“Gaya politik sederhana dan mengambil kedudukan di jalur tengah itu adalah jalan terbaik untuk mewujudkan sebuah masyarakat adil, negara demokratik yang bersatu padu serta progresif.

“Orang Melayu Islam yang inginkan pendekatan ekstrem dan eksklusif seperti naratif yang dibawa pemimpin (pembangkang) memang tidak akan senang hati dengan cara Anwar,” katanya ketika mengulas berkaitan pendekatan Kerajaan Madani pada Jun tahun lalu.

Hassan dalam masa yang sama turut menjelaskan dasar sempit, ekstrem dan eksklusif dibawa Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Pas dan Bersatu hanya boleh diterima di negeri Pantai Timur dan Utara Semenanjung.

“Namun kebanyakan orang Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam di lain-lain negeri termasuk di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis lebih selesa menerima dasar sederhana Kerajaan Madani,” katanya.

Atasi salah faham mengenai ajaran Islam sebenar

Penganjuran program Perkampungan Sunnah pada Mei tahun ini juga mengukuhkan lagi sikap Anwar terhadap budaya ilmu, terutamanya dalam hal berkaitan urusan Islam.

Ia juga menunjukkan bahawa Anwar adalah seorang pemimpin berjiwa besar, bersifat negarawan dan keterbukaan dalam mendengar kritikan daripada pelbagai pihak.

Beliau juga berulang kali menegaskan bahawa akan tetap menegakkan syiar dan penghayatan Islam agar lebih bermakna di negara ini.

Dalam masa yang sama, hak dan keadilan bagi setiap warganegara lain terus dipertahankan oleh kerajaan pimpinannya.

“Saya sebagai seorang Muslim ada tanggungjawab seorang Islam, saya juga tahu pemimpin di negara Malaysia dengan warganegara dengan hak mereka saya akan pertahankan hak.

“Di depan majlis Jakim dan majoriti umat Islam, saya akan tetap menyediakan syiar dan pastikan penghayatan Islam lebih bermakna.

“Tetapi saya tetap pertahankan hak dan keadilan bagi setiap warganegara, termasuk bukan Islam,” jelasnya ketika berucap dalam satu majlis pada Julai 2023.

Anwar juga sudah lama bergiat secara konsisten dalam meneguhkan syiar Islam di Malaysia.

Bahkan idea penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Bank Islam adalah hasil buah fikiran Ahli Parlimen Tambun itu.

Begitu juga pelbagai lagi perubahan dilakukan beliau semasa menjadi Menteri Pendidikan satu ketika dulu.

Antaranya adalah membudayakan pemakaian tudung dalam kalangan pelajar perempuan beragama Islam.

Begitu juga tindakan Anwar memansuhkan penggunaan buku berjudul ‘Mandi Safar’ dari silibus pelajaran Tata Rakyat kerana memiliki unsur khurafat.

Melawan mitos mengenai Islamofobia

Beliau juga berulang kali menyuarakan mengenai kebimbangan terhadap persepsi buruk terhadap agama Islam oleh dunia Barat hingga mencetuskan frasa Islamofobia.

Disebabkan itu, Anwar mengingatkan bahawa ketakutan kepada Islamofobia ini boleh diatasi secara berhati-hati dan tuntas.

Dan malam tadi pula, semasa menghadiri Majlis Himpunan 24,000 Huffaz Malaysia, Anwar dalam ucapannya menyuarakan kepentingan mempersiapkan diri dengan ajaran Islam sebenar oleh pelajar huffaz.

“Ia penting untuk berdepan kelompok Islamofobia dan pihak yang menanamkan kebencian menerusi agama Islam.

Tetapkan pendirian bahawa mesej Islam ini mesej kebenaran, risalah Islam ini risalah keadilan, menyatukan dan penuh dengan rahmah dan kasih sayang, ini yang harus kita tetapkan.

“Kita faham hak bukan Islam tetapi jangan dia bawa fahaman Barat Islamofobia, tak boleh sebut pasal Islam. Jadi, kita harus berdepan pihak ini,” katanya.

Related Posts

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

UCAPAN dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam cukup menarik perhatian. Antara perkara yang paling mencuri tumpuan ialah desakan supaya Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Ciuman maut’ Khairy buat Zahid, pujian atau perangkap?

Oleh: Nehru Sathiamoorthy ULASAN | Tahukah anda apa yang dikatakan Khairy Jamaluddin mengenai ucapan dasar Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan agung parti hari ini? Khairy menyifatkannya sebagai ucapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan