Polis rampas daun ketum dari kereta terbabas di LPT2

DUNGUN – Polis menemukan beberapa bungkusan dipercayai daun ketum dalam sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 339.9, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat susur keluar Paka di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, kereta Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kanan.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku ketika kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan, Pahang.

“Akibat kemalangan itu, pemandu tercampak keluar dari kenderaan dan mangsa cedera pada bahagian kepala serta tangan,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata, polis yang tiba di tempat kejadian menemukan beberapa bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum berada di luar kereta berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemukan beberapa lagi bungkusan daun ketum di bahagian but kereta,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, berat keseluruhan dan nilai daun ketum itu masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Related Posts

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

BERUAS – Tokoh masyarakat dan politik, Datuk Dr Azhar Ahmad menafikan dakwaan tular yang mendakwa beliau bertindak agresif dengan menampar seorang pelajar yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana