Kes penderaan serlah keperluan pertingkat usaha pencegahan

KOTA KINABALU – Kes rogol yang melibatkan seorang bapa merogol dua orang anak perempuannya di Lahad Datu menyerlahkan keperluan untuk memperkukuh usaha pencegahan di peringkat keluarga dan komuniti.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR), Datuk Julita Majungki berkata, langkah pencegahan yang lebih menyeluruh termasuk penglibatan keluarga, komuniti dan institusi keagamaan, perlu diperkasa bagi menangani isu sosial berkenaan.

“Perkara ini amat menyedihkan dan sepatutnya tidak berlaku.

“Walaupun pelaku perlu berdepan tindakan undang-undang, pencegahan adalah sama penting,” katanya dalam kenyataan media, di sini, pada Khamis.

Julita menggesa mangsa-mangsa penderaan agar tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa,.

“Sekiranya persekitaran mereka bersifat mendera dan memerlukan bantuan, mereka tidak perlu teragak-agak untuk tampil mendapatkan pertolongan.

“Kita mempunyai pusat perlindungan di bawah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) yang menyediakan tempat perlindungan dan sokongan kepada mangsa penderaan,” katanya.

Jelas Julita, antara inisiatif utama perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian terbabit ialah Rumah Perlindungan Wanita (Rupawan) yang menyediakan perlindungan sementara, keselamatan serta sokongan pemulihan kepada wanita dalam situasi krisis.

“Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Rupawan melalui WhatsApp di talian 011-27918840.

“Pusat Bantuan Guaman Wanita (PBGW) turut menyediakan khidmat nasihat dan bantuan guaman dalam kes seperti keganasan rumah tangga, perceraian dan hak penjagaan anak, bagi memastikan wanita mendapat perlindungan dan pembelaan di sisi undang-undang.

“Pusat tersebut boleh dihubungi melalui WhatsApp di talian 010-5831891,” ujarnya.

Tambahnya, melalui JHEWA, kementerian juga melaksanakan program advokasi berkaitan pencegahan keganasan rumah tangga serta literasi undang-undang bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakkan intervensi awal.

“Usaha ini dilengkapi dengan program kesedaran berterusan serta penglibatan komuniti yang menumpukan kepada pengukuhan nilai kekeluargaan.

“Kementerian juga akan terus bekerjasama rapat dengan pemimpin komuniti dan institusi berkaitan bagi memperluas capaian, khususnya dalam membimbing ibu bapa dan keluarga mewujudkan persekitaran yang selamat untuk anak-anak,” kongsi Julita.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman