Umai warisan Melanau terus jadi buruan, tarikan utama ke Mukah

MUKAH – Makanan tradisi masyarakat Melanau, umai kekal menjadi buruan pengunjung sekali gus mengukuhkan reputasi daerah ini sebagai destinasi pelancongan pilihan, terutamanya menjelang Pesta Kaul Mukah.

Terletak di pesisir Laut China Selatan, Mukah bukan sahaja kaya dengan hasil laut, malah cukup sinonim dengan keunikan sajian hidangan tersebut.

Sering disamakan dengan hidangan sushi dari Jepun, umai yang berasaskan hirisan ikan mentah segar itu bagaimanapun mempunyai keistimewaan tersendiri berikutan penggunaan bahan tempatan serta kaedah penyediaan warisan turun-temurun.

Tinjauan di Pasar Basah Mukah mendapati juadah berkenaan mula menjadi rebutan seawal jam 7 pagi, apatah lagi ketika bekalan ikan segar baru didaratkan oleh nelayan.

Seorang peniaga, Suif Rosli berkata, kesegaran ikan menjadi faktor penentu kepada keenakan hidangan eksotik itu.

“Ikan perlu dibersihkan, dibuang tulang dan dihiris halus. Kesegaran adalah kunci utama untuk memastikan rasa umai ini kekal sedap,” katanya.

Jelasnya, terdapat dua variasi utama yang sering mendapat permintaan tinggi iaitu umai campur yang digaul terus bersama bahan-bahan, dan umai jeb yang isi ikannya dicicah ke dalam sambal berasingan.

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga, Andy Tan mengakui permintaan terhadap makanan tradisi itu sentiasa meningkat, khususnya dalam kalangan pelancong luar.

“Harganya juga amat berpatutan iaitu sekitar RM12 bagi satu bekas isi ikan. Untuk sambal pula, ia dijual berasingan pada harga RM3 bagi umai campur dan RM5 untuk umai jeb,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Datuk, Julaihi Hassan berkata, kunjungan ke Mukah tidak lengkap sekiranya pelawat tidak merasai sendiri keenakan umai.

“Setiap kali tiba musim Pesta Kaul, memang wajib pengunjung cari umai. Rasanya yang segar memberi kelainan tersendiri berbanding makanan laut lain,” jelasnya.

Menjelang Pesta Kaul Mukah yang dijadualkan berlangsung bermula 26 April hingga 3 Mei ini, hidangan ikonik itu dijangka terus menjadi daya tarikan utama buat pengunjung luar.

Keunikan hidangan ini bukan sahaja terletak pada rasanya, tetapi juga cara penyediaannya yang ringkas namun sarat dengan nilai warisan, menjadikannya simbol kebanggaan dan identiti budaya masyarakat Melanau.

Related Posts

Sindiran ‘ubi bombing’ Prabowo serlah kegagalan komunikasi krisis peringkat masyarakat serantau

KENYATAAN Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengenai usul penggunaan tepung ubi untuk memadam kebakaran hutan mencetuskan kebimbangan masyarakat serantau akibat kelemahan strategik komunikasi krisis pentadbirannya. Idea inovatif itu pada asalnya dikemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
HKHM 2026: Dari nasi lemak hingga roti canai, rasa Malaysia kekal di hati

PUTRAJAYA – Kaum dan budaya bukan sahaja menjadi identiti Malaysia, malah makanan tempatan turut menjadi antara perkara yang paling dirindui rakyat Malaysia ketika berada di luar negara. Menerusi tinjauan The…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan