RM71 juta diperuntuk bina kemudahan ‘Digital Nomad’, perluas TDV

KUCHING – Sarawak meluluskan peruntukan lebih RM71 juta bagi membangunkan prasarana baharu ‘Digital Nomad’ di Tegas Digital Village (TDV) bagi menampung keperluan ekosistem digital yang semakin berkembang di negeri ini.

Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Datuk Len Talif Salleh berkata, fasa kedua pembangunan itu dilaksanakan susulan sambutan luar biasa terhadap kemudahan sedia ada yang kini telah mencapai tahap kapasiti maksimum.

Menurutnya, projek tersebut akan dilengkapi pelbagai kelengkapan menyeluruh termasuk asrama, pangsapuri perkhidmatan serta ruang dewan yang jauh lebih besar.

“Reka bentuk kemudahan ini telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Perancang Negeri (SPA) dan kita dijangka akan membuka tender dalam tempoh sebulan hingga sebulan setengah lagi.

“Pembinaannya dijangka mengambil masa sekitar 30 hingga 36 bulan untuk disiapkan. Walaupun ia tidak sempat siap sepenuhnya menjelang Sukan SEA tahun hadapan, fasiliti ini akan terus menjadi daya tarikan bagi penganjuran pelbagai persidangan dan acara antarabangsa di Kuching pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri TEGAS di TDV pada Khamis.

Mengulas lanjut, Len Talif berkata, pembesaran prasarana baharu itu juga akan membolehkan acara berskala besar diadakan dengan selesa, dengan kapasiti dewan yang mampu menampung sehingga 1,000 peserta pada satu-satu masa.

Dalam perkembangan berasingan, Len Talif yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak mengesahkan kerajaan negeri akan membina lebuh raya bertingkat yang merentasi sebahagian kawasan Taman Negara Sebuyau.

Jelasnya, laluan tersebut yang merupakan sebahagian daripada projek Jalan Utama Kedua (Second Trunk Road), direka secara bertingkat bagi memastikan perlindungan ke atas alam sekitar, khususnya habitat orang utan yang berada di kawasan paya gambut berkenaan.

“Pada asalnya, kita menentang pembinaan jalan raya secara terus merentasi taman negara. Namun hasil perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR), kerajaan bersetuju untuk melaksanakan lebuh raya bertingkat di sektor tersebut.

“Langkah ini merupakan manifestasi komitmen kerajaan negeri untuk memelihara kelestarian alam semula jadi ketika melaksanakan pembangunan infrastruktur,” tegasnya.

Tambah beliau, pendekatan itu juga diambil bagi mengelakkan risiko pencerobohan persekitaran ekosistem yang sering berlaku apabila wujudnya akses jalan raya baharu.

Menyentuh mengenai nilai projek itu, Len Talif menjelaskan kos bagi jajaran bertingkat berkenaan telah disekalikan di dalam peruntukan keseluruhan projek Jalan Utama Kedua yang kini sedang giat dilaksanakan mengikut fasa.

Pihaknya juga mencadangkan agar JKR membina hentian sebelah (lay-by) di laluan bertingkat itu bagi membolehkan pengguna lebuh raya berhenti dengan selamat dan menikmati pemandangan alam semula jadi di taman negara berkenaan.

Related Posts

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

IPOH – Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan sebanyak RM12.3 juta kepada 123 sekolah di Perak bagi memperkukuh agenda Reformasi Sekolah menerusi pelaksanaan Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah, sekali gus memperkasakan kualiti pengajaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

SARATOK – Sambutan Hari Wanita 2026 Peringkat Daerah Saratok pada Ahad memfokuskan usaha memperkasa golongan wanita menerusi penguasaan ekonomi digital. Bertemakan ‘Sarawak Women In Digital Economy’, program di Dewan Pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan