89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 110 121 97 109 112 97 105 107 97 110 32 85 99 97 112 116 97 109 97 32 100 105 32 75 117 97 108 97 32 76 117 109 112 117 114 226 128 147 65 110 107 97 114 97 32 68 105 97 108 111 103 117 101 32 50 48 50 54 32 97 110 106 117 114 97 110 32 73 110 115 116 105 116 117 116 32 75 97 106 105 97 110 32 83 116 114 97 116 101 103 105 107 32 100 97 110 3
KUALA LUMPUR – Malaysia perlu mempercepat usaha beralih kepada strategi tenaga yang lebih mampan, pelbagai dan kos efektif bagi memastikan keselamatan tenaga negara terus terjamin dalam jangka panjang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting susulan gangguan bekalan tenaga global yang semakin meningkat dan berpotensi menjejaskan kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.
“Sudah terlalu lama kita menganggap asas ekonomi global itu kukuh secara semula jadi. Andaian itu kini dicabar secara tegas.
“Apabila ketegangan meningkat di rantau yang begitu strategik seperti Teluk, kesannya dirasai jauh melangkaui kawasan konflik berkenaan.
“Dalam masa terdekat, kerajaan mengambil langkah untuk mengurus pendedahan kepada ketidaktentuan, dengan mengimbangi keperluan memastikan bekalan mencukupi dan mengurangkan tekanan terhadap kos sara hidup,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Dialog Kuala Lumpur–Ankara 2026 yang dianjurkan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia bersama Yayasan Penyelidikan Politik, Ekonomi dan Sosial (SETA) di sini, hari ini.
Anwar berkata, ketegangan geopolitik yang berterusan memberi kesan langsung kepada pasaran tenaga dunia dan Malaysia tidak terkecuali daripada berdepan gangguan bekalan berkenaan.
“Bagi Malaysia, ini bermakna kita perlu mengakui kita tidak kebal daripada gangguan bekalan tenaga global.
“Bagaimanapun, kita tetap komited memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara,” katanya.
Beliau berkata, ketidaktentuan dalam sektor tenaga global juga berpotensi menyebabkan peningkatan harga yang akhirnya memberi kesan kepada sistem pengeluaran, rantaian bekalan serta kos sara hidup di negara maju dan negara membangun.
“Kita sudah menyaksikan gangguan terhadap tenaga dan infrastruktur memberi kesan kemanusiaan serta-merta, dengan implikasi sosioekonomi lebih luas, yang boleh terus menggugat persekitaran yang sedia rapuh.
“Secara keseluruhannya, ini bukan risiko terasing. Ini menunjukkan satu kejutan sistemik yang lebih besar, yang boleh menggoncang pasaran, mengganggu rantaian bekalan dan memberi tekanan kepada kestabilan ekonomi merentasi benua,” katanya.

