RM200,000 peruntukan RTP perkasa kemudahan rekreasi di Jalan Mawar

MIRI – Sebanyak RM200,000 peruntukan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) telah diluluskan bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf kemudahan rekreasi di Jalan Mawar, susulan pemeriksaan tapak yang dijalankan oleh Datuk Bandaraya Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang bersama pasukan berkaitan.

Projek berkenaan melibatkan dua komponen utama iaitu naik taraf gelanggang bola keranjang serta penambahbaikan taman permainan kanak-kanak di kawasan tersebut.

Bagi gelanggang bola keranjang, kerja-kerja yang akan dilaksanakan merangkumi pemasangan pagar, pembaikan permukaan dan struktur gelanggang sedia ada, selain pengenalan elemen sukan pickleball yang semakin mendapat perhatian. Usaha ini dijangka menjadikan gelanggang berkenaan sebagai ruang sukan pelbagai guna yang sesuai digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Sementara itu, taman permainan kanak-kanak turut akan dinaik taraf melalui kerja meratakan permukaan tanah, pemasangan lantai keselamatan serta penambahan kemudahan permainan yang lebih kukuh dan selamat.

Inisiatif ini bertujuan menyediakan persekitaran yang lebih selesa dan selamat kepada kanak-kanak serta memberi ketenangan kepada ibu bapa, sekali gus menjadikan kawasan Jalan Mawar sebagai ruang rekreasi komuniti yang inklusif dan mesra keluarga.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram