Greenpeace sertai misi kemanusiaan ‘Global Sumud Flotilla’ ke Gaza

PERTUBUHAN alam sekitar antarabangsa, Greenpeace, mengumumkan penyertaannya dalam misi kemanusiaan ‘Global Sumud Flotilla’ ke Gaza yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini.

Misi berkenaan bertujuan untuk memecahkan kepungan haram rejim Zionis terhadap enklaf Palestin itu yang telah berlarutan selama bertahun-tahun.

Menerusi satu kenyataan, Greenpeace memaklumkan bakal menggerakkan kapal miliknya, Arctic Sunrise, bagi memberikan sokongan teknikal dan operasi sepanjang pelayaran tersebut.

Kapal sepanjang 50.5 meter itu mampu memuatkan seramai 30 kru dan aktivis pada satu-satu masa.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Global Sumud Flotilla, Susan Abdullah, menyifatkan penyertaan Greenpeace sebagai satu nilai tambah yang signifikan kepada misi musim bunga 2026 tersebut.

“Sejarah Greenpeace dalam mempertahankan kedaulatan laut, menentang ketidakadilan dan mempertahankan nyawa menjadikan mereka rakan strategik yang hebat.

“Kami belayar bersama-sama dengan azam yang sama untuk membantu memecahkan kepungan haram Israel di Gaza,” katanya, lapor Anadolu.

Flotilla berkenaan dijadualkan memulakan pelayaran dari Barcelona, Sepanyol pada Ahad ini, 12 April, manakala satu perhimpunan solidariti awam akan diadakan sehari sebelumnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Greenpeace Sepanyol, Eva Saldana, mengkritik kegagalan kerajaan dunia dalam menegakkan undang-undang antarabangsa bagi menghalang genosid di Gaza.

“Di saat pemimpin dunia kekurangan keberanian untuk bertindak, Flotilla Sumud menjadi cahaya solidariti kemanusiaan dan simbol harapan yang nyata,” tegas beliau.

Pada September tahun lalu, misi yang sama melibatkan 43 buah bot dan 462 peserta telah dipintas oleh tentera Israel sebelum sempat tiba di perairan Gaza.

Dalam insiden berkenaan, kesemua peserta termasuk aktivis iklim terkemuka Sweden, Greta Thunberg, telah ditahan oleh pihak berkuasa Israel.

Penganjur menjangkakan misi tahun ini menjadi yang terbesar setakat ini dengan penglibatan lebih 1,000 peserta dan 100 buah kapal, yang akan bergerak selari dengan mobilisasi di darat.

Related Posts

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

JEREBU yang melanda negara-negara ASEAN telah berlarutan cukup lama. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, malah turut menghambat aktiviti harian rakyat di pelbagai negara. Semuanya berpunca daripada kebakaran hutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Macron ikrar ambil tindakan terhadap perusuh, hampir 2,400 ditahan

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berikrar memastikan pihak yang terlibat dalam keganasan dan kemusnahan harta benda di negara itu dipertanggungjawabkan susulan demonstrasi besar-besaran yang mencetus kekacauan selama dua hari.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA