Rakyat diseru berjimat cermat hadapi cabaran ekonomi global – Hasbi

LIMBANG – Masyarakat diseru mengamalkan sikap berjimat cermat serta memperkukuh perpaduan bagi mendepani cabaran ketidaktentuan ekonomi global yang semakin mencabar ketika ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, situasi geopolitik semasa terutama konflik di Asia Barat memberi kesan besar kepada kestabilan ekonomi dunia, termasuk gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kos logistik antarabangsa.

“Peperangan yang berlaku ketika ini telah menjejaskan laluan perdagangan utama dunia.

“Terdapat kapal yang terpaksa berpatah balik dan menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh kerana tidak dapat melalui terusan tertentu, sekali gus menyebabkan kos penghantaran meningkat dengan ketara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Tamah Kampung Pandam pada Ahad.

Tambah Hasbi, impak situasi terbabit bukan sahaja dirasai negara kuasa besar, malah turut menjejaskan negara membangun seperti Malaysia, khususnya melibatkan kenaikan harga barang dan tekanan kos sara hidup rakyat.

“Walaupun kita tidak terlibat secara langsung dalam konflik tersebut, tempiasnya tetap dirasai. Justeru, kita perlu bersedia dari sekarang dengan mengambil langkah berjaga-jaga dalam pengurusan kewangan harian,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat supaya mendisiplinkan diri ketika berbelanja dengan mengelakkan pembelian tidak perlu serta mengamalkan gaya hidup sederhana.

Pada masa sama, beliau turut menekankan kepentingan menyokong produk tempatan sebagai salah satu langkah strategik dalam memperkukuh ekonomi domestik.

“Dengan menyokong barangan tempatan, kita bukan sahaja membantu peniaga kecil dan sederhana untuk terus bertahan, malah menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara secara keseluruhan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Hasbi menjelaskan kerajaan melalui kementerian sentiasa memantau situasi semasa sektor pengangkutan dan logistik bagi memastikan rantaian bekalan negara kekal stabil.

Katanya, pelbagai langkah proaktif terus dilaksanakan bagi mengurangkan impak gangguan global itu termasuk mempertingkat kecekapan operasi pelabuhan dan meneroka laluan perdagangan alternatif yang lebih efisien.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM