Kerajaan terus perkukuh langkah hadapi ketidakstabilan harga minyak

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri terus memperkukuh langkah persediaan bagi menghadapi ketidaktentuan harga bahan api susulan konflik geopolitik semasa, termasuk peperangan di Iran yang memberi kesan kepada bekalan global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, isu berkenaan dibincangkan secara berkala menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mesyuarat ini diadakan setiap minggu bagi mendapatkan taklimat terkini daripada agensi berkaitan termasuk Kementerian Ekonomi, Kementerian Keterjaminan Makanan, Petronas serta PETRA.

“Taklimat ini penting bagi memastikan kerajaan sentiasa mendapat gambaran semasa berkaitan bekalan tenaga, elektrik, air serta makanan yang terkesan akibat situasi global,” katanya kepada media pada Program Penyerahan Sumbangan Khas YAB Perdana Menteri kepada mangsa kebakaran di Kampung Gudon, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Premier, Ketua-ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar telah dipanggil menghadiri taklimat khas bagi menyelaras tindakan di peringkat negeri.

“Antara langkah yang sedang dipertimbangkan ialah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) bermula 15 April di peringkat Persekutuan, sebagai usaha mengurangkan penggunaan petrol dan diesel.

“Kerajaan Negeri diminta meneliti kesesuaian pelaksanaan langkah sama mengikut keperluan masing-masing, namun matlamat utama adalah mengurangkan penggunaan bahan api,” jelasnya.

Menurut Mustapha, walaupun subsidi bahan api seperti BUDI95 (BUDI MADANI RON95) dan diesel masih dikekalkan, beliau menegaskan rakyat perlu bersedia menghadapi kemungkinan jangka panjang memandangkan ketidaktentuan tempoh konflik berkenaan.

“Kerajaan telah mengambil langkah awal dengan mengurangkan kuota pembelian petrol bersubsidi daripada 300 liter kepada 200 liter sebagai isyarat kesiapsiagaan.

“Malaysia masih berada dalam keadaan terkawal berbanding beberapa negara lain yang telah mengambil langkah drastik termasuk menutup stesen minyak,” katanya.

Bagaimanapun, Mustapha memaklumkan bekalan petrol dan diesel negara ketika ini dijangka mencukupi sehingga Mei, sementara kerajaan sedang menunggu ketibaan bekalan minyak mentah yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

“Kita sedang menunggu minyak mentah (crude oil).

“Satunya yang telah diberi kebenaran untuk melintasi Selat Hormus dan tujuh buah kapal kita yang sedang menunggu crude oil untuk belayar.

“Kalau itu dapat, kita ada sedikit kelegaan, tapi selepas itu bagaimana? Sebab harganya sudah akan berbeza dari segi logistik, memang harga akan berbeza,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat agar mengamalkan perbelanjaan berhemah dan berjimat cermat, terutama menjelang musim perayaan seperti Hari Raya dan sambutan Kaamatan.

“Kerajaan akan terus menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa mengenai status bekalan tenaga negara,” katanya.

Related Posts

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

GEORGE TOWN – Kira-kira 10,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan tidak akan terjejas bekalan air ketika kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip melintasi Sungai Perai dilaksanakan minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan