PKR tegas tidak kompromi salah guna kuasa

KUALA LUMPUR – PKR menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemimpin atau ahlinya yang didapati menyalahgunakan kuasa.

Ketua Penerangannya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi peringatan tegas bahawa tiada sesiapa termasuk menteri akan dilindungi sekiranya terlibat dalam perbuatan berkenaan.

“Jangan pernah ambil kesempatan salah guna kuasa, jangan ambil kesempatan atau sempat ambil apa-apa… jangan sampai imej parti tercalar dengan pergi ke mana-mana kononnya mahu ‘tengok lesen’… bila diberi amanah, jangan dinodai.

“Ini peringatan kepada kita… kita dahulu berdepan dengan FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa… jangan pula sekarang kita membenarkan perkara yang sama berlaku dalam kalangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR bagi Wilayah Persekutuan 2026 di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, semalam.

Pada masa sama, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi mengingatkan pemimpin parti supaya tidak terlalu selesa dengan kedudukan yang disandang.

Menurutnya, perubahan gaya hidup secara mendadak tanpa penjelasan yang munasabah boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat.

Beliau turut menyeru anggota parti agar saling menegur secara berhemah melalui saluran yang betul demi memelihara keharmonian dalam parti.

“Kita boleh ada kepelbagaian pandangan dalam parti, dan parti tidak pernah menghalang anggota daripada menyampaikan suara serta pandangan.

“Tapi ketika negara berdepan dengan krisis tenaga global dan isu-isu ekonomi, kita perlu bersatu hati mengetepikan perbezaan pandangan dan bersama dengan kerajaan untuk memastikan kita dapat mengharungi dugaan serta cabaran besar ini dengan jayanya,” kata beliau.

Related Posts

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

KENYATAAN Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Muktamar Pas baru-baru ini bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga sememangnya mengundang perhatian. Bagi penulis, kenyataan sebegini bukanlah sesuatu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar