Seni silat bentuk disiplin diri, tanam roh perjuangan

KUANTAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu seni silat terus diperkasa, khususnya kepada generasi muda kerana ia bukan hanya membentuk akhlak dan disiplin diri malah menanam roh perjuangan.

Perdana Menteri berkata, beliau memandang serius usaha berkenaan dan menyampaikannya kepada Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

“Semangat ini mesti ditanam… ia (silat) bukan hanya latihan seni mempertahankan diri biasa, ia membawa roh perjuangan yang lama, yang mengorbankan darah, keringat, air mata dan nyawa,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Pendekar MADANI di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

Anwar berkata, program Himpunan Pendekar MADANI bukan acara biasa, sebaliknya mampu mengangkat martabat anak muda yang mempunyai semangat serta kekuatan untuk mempertahankan negara dan harga diri bangsa.

“Jangan kita pedulikan pandangan-pandangan yang bebal dan negatif di luar… kita tahu harga diri kita.

“Kita tahu bahawa mahu pertahankan maruah bangsa ini dan negara kita, kita mesti angkat satu kelompok… anak muda yang punyai semangat dan kekuatan,” kata beliau.

Pada majlis itu, Anwar menyampaikan Anugerah Pendekar MADANI Pahang kepada bekas atlet silat negara, Fazly Mansoh, manakala Anugerah Srikandi MADANI Pahang kepada bekas atlet negara, Suzy Mohd Sulaiman.

Perdana Menteri juga menerima secara simbolik Piala Kejuaraan PMX yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di SUKPA.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram