Nelayan tempatan ditahan kerana gagal kemuka sijil radas

TANJUNG MANIS – Nelayan tempatan ditahan kerana gagal mengemukakan sijil radas, melibatkan sebuah vesel kelas C dalam operasi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Tanjung Manis, pada Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Mahkos Juing berkata, vesel tersebut ditahan kira-kira jam 1.26 petang ketika anggota menjalankan rondaan rutin Op Permai 01/2019 dan Op Tiris 3.0.

Menurutnya, vesel berkenaan dikesan pada kedudukan lebih kurang 12.4 batu nautika timur Tanjung Jerijeh.

“Vesel yang dinaiki enam kru warga tempatan itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana gagal mengemukakan sijil radas semasa pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

Beliau berkata, radas merupakan kebenaran rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi penggunaan frekuensi spektrum radio tertentu secara sah.

“Vesel bersama kru kemudiannya ditahan dan diiringi ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Manis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta prosedur keselamatan ketika berada di laut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan