KPDN Perlis perketat penguatkuasaan, pemandu asing ingkar berdepan tindakan

KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis mempertingkatkan penguatkuasaan di semua stesen minyak susulan pelaksanaan larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing bermula 1 April lalu.

Langkah itu diambil bagi memastikan subsidi bahan api terus dinikmati rakyat tempatan selain mengekang ketirisan, khususnya di kawasan sempadan.

Pengarah Pejabat KPDN Perlis, Rohaida Hassan berkata, tindakan penguatkuasaan kini bukan sahaja tertumpu kepada pengusaha stesen minyak, malah turut melibatkan pemandu atau pemilik kenderaan asing yang ingkar.

“Larangan penjualan petrol RON95 kepada semua kenderaan bernombor pendaftaran asing telah dikuatkuasakan bagi memastikan subsidi bahan api ditumpukan kepada rakyat tempatan.

“Pemantauan ketat dilaksanakan di semua stesen minyak, khususnya di kawasan sempadan bagi mengelakkan ketirisan,” katanya.

Menurut beliau, pemeriksaan yang dijalankan pada 1 dan 2 April di kesemua 40 stesen minyak di negeri ini termasuk 10 stesen berhampiran sempadan mendapati rata-rata pengusaha mematuhi arahan ditetapkan.

“Pengusaha stesen minyak juga cakna dan menyambut baik pelaksanaan sekatan penggunaan kad debit serta kad kredit antarabangsa di terminal layan diri bagi mengekang ketirisan subsidi,” ujarnya.

Tambahnya, seramai 38 Pegawai Penguat Kuasa KPDN Perlis digerakkan bagi mempertingkatkan pemeriksaan dan pemantauan di seluruh negeri bagi memastikan pematuhan penuh terhadap larangan tersebut.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

“Individu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM2 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Rohaida menegaskan KPDN Perlis komited bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain bagi mempergiat kawal selia terhadap pengedaran barang kawalan.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan bekalan mencukupi serta mengelakkan penyelewengan subsidi yang boleh merugikan negara dan menafikan hak rakyat tempatan.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di stesen minyak melalui saluran aduan rasmi yang disediakan.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills