Lolos sekatan polis, dua lelaki dicekup bersama dadah dan peralatan curi kabel

IPOH – Cubaan dua lelaki tempatan meloloskan diri daripada pemeriksaan polis membawa padah apabila mereka diberkas bersama dadah dan peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kabel dalam kejadian kejar-mengejar di Bercham, di sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu bermula apabila sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan.

Menurutnya, arahan berhenti yang dikeluarkan polis tidak diendahkan suspek, sebaliknya mereka memecut laju sehingga mencetuskan aksi kejar-mengejar sebelum kenderaan dinaiki hilang kawalan dan melanggar tiang di tepi jalan.

“Dengan bantuan beberapa unit lain, kenderaan itu berjaya dipintas dan kedua-dua suspek diberkas di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah bahan disyaki dadah jenis methamphetamine serta beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berusia antara 18 hingga 30-an kini direman bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan dadah serta kesalahan memiliki peralatan bagi tujuan melakukan jenayah.

Related Posts

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

TAIPING – Program Hari Potensi Alpha Gen Talent dan Hari Kemahiran KEMAS Negeri Perak menjadi medan penting untuk mencungkil bakat serta mengembangkan potensi generasi muda dalam pelbagai bidang, termasuk sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

NIAH – Regatta Subis@Niah 2026 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 September ini dengan pelbagai aktiviti menarik di Tebingan Niah dan Dewan Terbuka Sepupok. Penganjuran acara tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah