Op Jingga D Garden lumpuhkan geng samun barang kemas bernilai RM3.6 juta

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan geng samun bersenjatakan parang yang menyasarkan jurujual barang kemas di negeri ini apabila menahan sembilan suspek menerusi Op Jingga D Garden, bermula 26 Mac lalu hingga semalam.

Kesemua tangkapan terdiri tujuh lelaki tempatan dan dua wanita Indonesia yang masing-masing berusia 23 hingga 43 tahun.

Penahanan dilakukan di beberapa lokasi di daerah Barat Daya dan Timur Laut, hasil serbuan sepasukan anggota dan pegawai polis dari Jabatan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK).

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kesemua suspek disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan yang bersenjatakan parang di kawasan Seberang Perai Utara.

Menurutnya, turut dirampas adalah sejumlah barangan kemas kira-kira 4,300 gram, sebilah parang, empat biji tayar bersama ‘sportrim’, toga bentuk cincin dan dua buah kereta yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan kegiatan samun.

“Modus operandi suspek adalah menyasarkan jurujual yang membawa sejumlah barang kemas untuk urusan penghantaran atau jual beli di kedai-kedai emas sekitar negeri ini.

“Dengan tertangkapnya suspek tersebut, polis berjaya menyelesaikan kes samun berkumpulan yang dilaporkan berlaku pada 26 Mac lalu, kira-kira pukul 9.20 pagi di Seberang Perai Utara melibatkan kerugian barangan kemas sebanyak 6,023.69 gram dengan anggaran semasa RM3.6 juta,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu lagi, hasil semakan rekod mendapati tiga daripada sembilan suspek terbabit mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah termasuk seorang daripada mereka mempunyai 17 rekod kedua-dua jenayah itu.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati tiga suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

“Mahkamah telah membenarkan permohonan reman terhadap lapan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395, Seksyen 397 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan manakala seorang lagi suspek akan dipohon reman hari ini,” tambahnya.

Related Posts

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

LIMBANG – Sebuah unit rumah panjang di Batu 8, Jalan Kubong di sini musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran petang semalam. Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

MIRI – Pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral berjaya mengawal kebakaran belukar yang berlaku di Jalan Airport, di sini, hari ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan