70 peratus semenanjung Gaza di bawah perintah tentera Israel

SEMENANJUNG Gaza kini 70 peratus berada sama ada dalam zon ketenteraan Israel, di bawah perintah pemindahan, atau di kawasan yang merangkumi kedua-duanya menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.

Jurucakap PBB, Farhan Haq, dalam satu sidang media menegaskan bahawa usaha bantuan kemanusiaan terus dihalang akibat sekatan oleh pihak berkuasa Israel.

“Rakan-rakan PBB yang bertanggungjawab menyokong sistem telekomunikasi di Gaza memaklumkan bahawa kabel fiber optik telah rosak selama lebih enam minggu, dan pihak berkuasa Israel terus menolak permintaan untuk membaikinya.

“Penolakan terkini berlaku pagi ini, walaupun kabel tersebut merupakan sumber penting untuk sambungan data bagi petugas kemanusiaan,” kata Haq, lapor Anadolu.

Beliau menambah bahawa pasukan PBB masih menghadapi kesukaran mendapatkan akses bahan api secara konsisten.

“Hari ini, satu pasukan PBB yang diketuai oleh OCHA (Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan) telah mengambil beberapa bekalan dari sebuah stesen minyak di Rafah selepas pihak berkuasa Israel memudahkan usaha rakan-rakan kami untuk sampai ke sana.

“Selepas hampir tiga minggu dinafikan akses, ini adalah hari kedua berturut-turut kami dibenarkan mengambil bahan api dari Rafah,” ujar Haq.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa jumlah bekalan tersebut amat kecil berbanding keperluan yang sangat besar, sambil menyeru pihak berkuasa Israel agar mempermudah pergerakan bantuan kemanusiaan di dalam Gaza seperti yang ditekankan oleh OCHA.

“OCHA bersama rakan-rakan kemanusiaannya telah menghadiri satu pertemuan dengan pihak Amerika Syarikat beberapa hari lalu sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan bantuan sampai kepada penduduk Gaza mengikut prinsip kemanusiaan,” tambahnya lagi.

Related Posts

Majoriti keluarga di Gaza hadapi krisis air yang serius

KIRA-KIRA 90 peratus keluarga di Semenanjung Gaza kini mengalami kekurangan air yang sangat kritikal akibat kerosakan besar terhadap infrastruktur ketika serangan ketenteraan berlanjutan ke hari ke-583. Menurut sumber perubatan, lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar, Putin adakan rundingan perkukuh hubungan dua hala dan isu serantau

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu, menurut laporan agensi berita TASS. Menurut perkhidmatan akhbar Kremlin, perbincangan antara kedua-dua pemimpin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi