Gaza: Mangsa korban melebihi 52,800, ramai masih terperangkap bawah runtuhan

MENURUT kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu, sejak Oktober 2023, sekurang-kurangnya 52,810 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang genosid Israel ke atas Gaza.

“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 23 orang terbunuh dalam serangan Israel manakala 124 lagi cedera, menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan akibat serangan Israel kepada 119,473 orang,” katanya lapor Anadolu.

Menurut kenyataan itu, ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan serta di atas jalan dan pasukan penyelamat tidak dapat menghulurkan bantuan kepada mereka.

Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac, mengorbankan 2,701 nyawa dan mencederakan 7,432 orang, sekali gus menamatkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang bermula sejak Januari.

Pada November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, serta bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, atas dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Selain itu, Israel kini turut berhadapan dengan perbicaraan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan tindakan mereka di wilayah tersebut.

Related Posts

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen