24 rumah baharu untuk asnaf fakir miskin dibina di P.Pinang pada 2024

ZAKAT Pulau Pinang terus komited dalam usaha membantu golongan asnaf fakir dan miskin dengan meluluskan pembinaan 24 buah rumah baharu bagi tahun 2024.

Yang dipertua Zakat Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, keputusan ini diumumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Perumahan dan Pengurusan Fasiliti Zakat Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh beliau sendiri di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Menurutnya, mesyuarat tersebut turut membincangkan kelulusan agihan zakat yang melibatkan empat jenis skim utama, iaitu Skim Inapan Kasih, Skim Pendawaian Elektrik Rumah Asnaf (SPERA), serta Makmal Sosial Akademik (MASA). Skim Inapan Kasih terdiri daripada dua kategori, iaitu pembinaan rumah baharu dan baik pulih rumah, yang bertujuan memberi perlindungan kepada keluarga asnaf yang memerlukan.

“Kelulusan bagi setiap permohonan ini diproses dengan ketat dan teliti, bagi memastikan zakat yang disalurkan mencapai matlamat dan memberi manfaat secara langsung kepada asnaf,” katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa 10 rumah baharu di bawah Skim Inapan Kasih telah siap dibina, manakala enam lagi sedang dalam pembinaan, dengan lapan buah rumah lagi diluluskan pada hari mesyuarat tersebut. Setiap rumah baharu ini dibina dengan kos RM80,000.

“Sepanjang tahun 2024, Zakat Pulau Pinang juga telah membaik pulih 54 buah rumah asnaf, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.013 juta dan inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti hidup golongan asnaf di negeri ini,” jelasnya.

ADUN Batu Maung itu juga menyentuh mengenai penubuhan Divisyen Projek Khas Zakat Pulau Pinang pada November lalu, yang bertujuan meningkatkan sistem kutipan dan agihan zakat.

“Kejayaan ini terbukti dengan peningkatan kutipan zakat yang signifikan pada tahun 2024, dengan jumlah kutipan setakat ini mencapai RM171 juta, berbanding RM159 juta pada tahun 2023. Jumlah rasmi kutipan zakat Pulau Pinang akan diumumkan selepas 10 Januari 2025,” katanya.

Menurutnya, Zakat Pulau Pinang, sebagai agensi milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), bertekad untuk terus melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam menyantuni golongan asnaf di negeri ini dengan penuh dedikasi.

“Insya-Allah, usaha-usaha ini akan diteruskan bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Related Posts

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

KUALA KRAI – Jalan Manek Urai yang menghubungkan Laluan Persekutuan FT8 ke Jambatan Manek Urai kini siap sepenuhnya dan dibuka kepada kenderaan awam. Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Kuala Krai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

BRISTOL – Sarawak melalui anak syarikat milik penuh kerajaan negeri, SMD Semiconductor, bakal meneroka kerjasama dengan rakan kongsi di United Kingdom (UK) bagi mereka bentuk sistem dan cip semikonduktor bertaraf…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

  • By Ynom
  • May 6, 2026
Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

Banjir kilat landa Pos Sinderut, jejas 50 kediaman

Banjir kilat landa Pos Sinderut, jejas 50 kediaman

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin