Banjir kilat landa Pos Sinderut, jejas 50 kediaman

LIPIS – Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan banjir kilat menjejaskan kira-kira 50 rumah di penempatan Orang Asli di Pos Sinderut, memaksa penduduk menyelamatkan diri dalam keadaan cemas.

Penduduk Kampung Cempian, Yok Him, 50, berkata, dia sekeluarga dikejutkan daripada tidur apabila air tiba-tiba memasuki rumah melalui lubang lantai.

Menurutnya, limpahan deras dari Sungai Geram kira-kira 50 meter dari kediamannya sangat pantas sekitar jam 11 malam.

“Saya hanya sempat membawa keluar ahli keluarga ke tempat selamat. Pakaian dan bekalan makanan tidak dapat diselamatkan kerana air naik terlalu cepat,” katanya kepada Berita Harian.

Tok Batin Kampung Bukit Long, Mansurizal Manang, 45, pula berkata banjir kilat berpunca pertembungan aliran Sungai Geram dan Sungai Cempian selepas hujan lebat melebihi sejam.

Kejadian turut menenggelamkan jambatan utama ke Kampung Sinderut serta sebuah sekolah rendah, sekali gus memutuskan hubungan penduduk dengan kawasan luar.

“Malah, ada penduduk terpaksa berenang menyeberangi sungai untuk berpindah sementara ke rumah saudara di kawasan lebih selamat,” katanya.

Katanya, semua penduduk terjejas kini dipindahkan ke kawasan lebih tinggi, manakala anggota bomba dan penyelamat tiba awal pagi bagi memantau keadaan serta keselamatan di lokasi.

Dalam perkembangan berasingan, banjir kilat turut melanda Mukim Batu Talam di Raub awal pagi tadi, menjejaskan sekurang-kurangnya dua rumah setakat ini.

Menurut laporan awal Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub, berkata pusat pemindahan sementara di Dewan Sekolah Menengah Agama Al-Falah dibuka menempatkan 16 keluarga membabitkan 49 mangsa.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi