Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

KOTA KINABALU – Selepas mencipta nama di luar negara, artis doodle dan Pengarah Kreatif Malaysia, Kendrick NG atau lebih dikenali sebagai Kendylife, kembali ke Sabah dengan membawa pameran seni meraikan 20 tahun perjalanan eksplorasi dan penceritaan kreatifnya.

Kendylife berkata, pameran berkenaan bukan sekadar retrospektif, sebaliknya satu ruang untuk berkongsi perjalanan seni dan mencetuskan inspirasi kepada generasi kreatif baharu.

“‘Lines That Became Stories’ akan mempamerkan pelbagai karya sepanjang dua dekad daripada lakaran awal terbitan sendiri hinggalah kepada projek kolaborasi serta naratif visual yang lebih matang.

“Akhirnya saya dapat mengadakan pameran besar pertama di Sabah, dikelilingi komuniti yang memahami dan menyokong perkembangan kreatif, adalah sesuatu yang amat saya syukuri,” katanya.

Pameran tersebut berlangsung di Tinggi Tinggi Creative Hub, Kota Kinabalu dari 1 Mei lepas hingga 30 Jun depan.

Perjalanan seni Kendylife bermula dari sebuah pekan kecil di Sabah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kian Kok, sebelum membina kerjaya kreatif yang berkembang ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah terlibat dalam pelbagai pameran dan kolaborasi di Malaysia serta luar negara termasuk Singapura, Filipina, Australia dan United Kingdom.

Pameran tersebut telah dilancarkan pada 2 Mei lalu dan dirasmikan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Al Hambra Juhar.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi