Orang Kompeten di Sabah wajib ada perakuan kompeten ECoS

SANDAKAN – Semua Orang Kompeten di Sabah diwajibkan untuk mendapatkan perakuan kekompetenan yang sah daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

Ketua Pegawai Operasinya, Ridwan Saham berkata, bermula 3 Januari 2025, hanya perakuan kekompetenan yang dikeluarkan oleh ECoS sahaja yang akan diterima di Sabah.

“Semua Orang Kompeten yang berkhidmat di Sabah wajib mendapatkan perakuan tersebut.

“Perakuan kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) sebelum 3 Januari 2024 hanya boleh digunakan di Sabah selama 12 bulan selaras dengan Peraturan 60, Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 2024.

“Selain itu, untuk memastikan Orang Kompeten di Sabah memiliki perakuan kekompetenan daripada ECoS semua pemegang perakuan kekompetenan ST wajib menduduki dan lulus peperiksaan yang mengikut Enakmen Bekalan Elektrik 2024,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, tambah beliau, ECoS mengambil inisiatif untuk memberikan kesedaran berkaitan keselamatan dan kelestarian elektrik menerusi penganjuran Seminar dan Dialog Enakmen dan Peraturan Elektrik bersama Orang Kompeten di Wilayah Pantai Timur di Sandakan, hari ini.

Katanya, buat julung kali seminar tersebut diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan yang dihadiri oleh lebih 250 peserta terdiri daripada orang kompeten utiliti, pepasangan, kontraktor, serta pelajar dari institusi bertauliah ECoS.

Dalam pada itu, katanya ECoS juga menyediakan kemudahan melalui 17 institusi latihan yang ditauliahkan untuk mengendalikan kursus dan peperiksaan tersebut dengan yuran seragam sebanyak RM185.

“Seminar ini juga bertujuan untuk mengingatkan Orang Kompeten mengenai pentingnya mengikuti peraturan keselamatan elektrik dalam setiap kerja yang dilakukan.

“ECoS menegaskan bahawa tiada kompromi akan diberikan sekiranya berlaku insiden kemalangan akibat kecuaian Orang Kompeten,” ujarnya.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan