Dua tersepit, lori bawa besi terbabas masuk gaung

KUANTAN – Seorang pemandu dan kelindan dipercayai tersepit di bawah kepala lori dan timbunan besi selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer (KM) 42.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan di Bentong, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, identiti kedua mangsa itu masih belum dikenal pasti.

Menurutnya, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.17 malam.

“Komander operasi melaporkan terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori yang membawa muatan besi terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter.

“Terdapat mangsa iaitu seorang lelaki dewasa disyaki berada di bawah kepala lori dan timbunan besi,” katanya.

Tambahnya, pasukan bomba membuat kerja-kerja pencarian di sekitar kawasan bagi mencari mangsa.

“Pasukan bomba juga menggunakan bantuan unit anjing pengesan untuk mengesan mangsa.

“Setakat ini, mangsa masih belum dijumpai dan operasi pencarian masih dijalankan,” katanya.

Related Posts

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

SEREMBAN – Isu pemecatan Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak seharusnya tidak lagi menjadi pertikaian, sebaliknya perhatian perlu diberikan kepada pematuhan proses perlembagaan secara menyeluruh. Bekas hakim Mahkamah Rayuan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

KOTA KINABALU – Selepas mencipta nama di luar negara, artis doodle dan Pengarah Kreatif Malaysia, Kendrick NG atau lebih dikenali sebagai Kendylife, kembali ke Sabah dengan membawa pameran seni meraikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

  • By Ynom
  • May 6, 2026
Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

Banjir kilat landa Pos Sinderut, jejas 50 kediaman

Banjir kilat landa Pos Sinderut, jejas 50 kediaman

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

60 kit pengurusan jenazah lengkap diedar kepada 12 masjid

60 kit pengurusan jenazah lengkap diedar kepada 12 masjid

Penstrukturan semula bukti komitmen perkasa parti – Azrul

Penstrukturan semula bukti komitmen perkasa parti – Azrul