Sumber air Sarawak berpotensi pacu industri semikonduktor, AI – Abang Johari

EVELINE B. & NANA MOHAMAD

SIBU – Kekayaan sumber air sungai di Sarawak berpotensi menjadi pemangkin pembangunan industri teknologi tinggi, khususnya semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan termaju.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kelebihan sumber air yang diurus secara mampan bukan sahaja penting untuk kegunaan harian dan penjanaan tenaga hidroelektrik, malah mampu menyokong keperluan industri berteknologi tinggi yang memerlukan bekalan tenaga bersih serta sistem penyejukan.

Menurutnya, sumber semula jadi itu perlu dimanfaatkan melalui pembangunan teknologi dan kepakaran tempatan supaya Sarawak bukan sekadar menjadi pengguna, sebaliknya turut berperanan sebagai pengeluar teknologi bernilai tinggi.

“Kita bersihkan dan rawat air sungai untuk tenaga hijau termasuk untuk sistem penyejukan bagi teknologi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2, pada Sabtu.

Abang Johari berkata, pengurusan dan pemuliharaan sungai secara berkesan penting bagi memastikan bekalan sumber air yang berterusan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi serta pembangunan industri masa hadapan.

Menurutnya, industri seperti semikonduktor dan AI memerlukan bekalan tenaga yang stabil serta sistem penyejukan bagi memastikan teknologi berkenaan dapat beroperasi dengan baik.

Beliau berkata, rangkaian sungai di Sarawak turut memainkan peranan penting dalam penjanaan tenaga hidroelektrik, termasuk menerusi Empangan Bakun dan Murum.

Dalam pada itu, Abang Johari menegaskan bahawa Malaysia perlu memperkukuh keupayaan membangunkan teknologi sendiri bagi menghasilkan nilai ekonomi lebih tinggi dan keluar daripada perangkap pendapatan sederhana.

“Malaysia berada di kedudukan tengah-tengah. Sampai bila?

“Memandangkan Sarawak mempunyai banyak sumber air, kita bekerjasama dan menghasilkan semikonduktor untuk dunia,” katanya.

Menurutnya, pembangunan industri teknologi tinggi juga perlu disokong tenaga kerja mahir dan kepakaran tempatan bagi membolehkan Sarawak mengambil bahagian secara lebih aktif dalam rantaian industri global.

Pada majlis sama, Abang Johari turut menyempurnakan peluncuran Garis Panduan Pembangunan Dalam Koridor Sungai serta penyerahan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Semarang, Pusa, Betong.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyerahan Denai Sungai Kebangsaan Sungai Pesang di Kampung Pesang dan Denai Sungai Kebangsaan Sungai Serian di Kampung Stabut, kedua-duanya di Serian.

Selain itu, penyerahan Kajian Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi Sungai Samarahan, Sungai Sibuti dan Sungai Saribas turut dilaksanakan.

Turut diadakan penyampaian Anugerah Peserta Terbaik Ekspedisi Sumber Air Negara (EKSAN) dan Anugerah Khas Sumber Air (AKSA) 2026.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing; Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee serta Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Related Posts

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) mengumumkan 21 calon daripada tiga parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, tujuh calon lebih rendah berbanding jumlah yang ditandingi gabungan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

KOTA KINABALU – Pelancongan berasaskan kebudayaan berpotensi menjadi pemacu ekonomi komuniti luar bandar dengan seni pembuatan gong tradisional di Matunggong antara khazanah warisan yang mampu menarik pelancong tempatan dan antarabangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

  • By Ithma
  • October 24, 2026
Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus