Bournemouth lakar sejarah belasah AC Milan 3-0

BOURNEMOUTH terus mencetus sensasi dalam kempen sulung Liga Europa apabila membelasah AC Milan 3-0 di laman sendiri awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan merekodkan tiga kemenangan sempurna daripada tiga perlawanan pembukaan.

Justin Kluivert dan Marcus Tavernier masing-masing menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa pertama selepas penjaga gol merangkap kapten Milan, Mike Maignan, dilayangkan kad merah akibat kekasaran terhadap Tyler Adams seawal permainan.

Amine Adli melengkapkan kemenangan bergaya Bournemouth menerusi sepakan percuma pada minit ke-84.

Skuad kendalian Andoni Iraola sebelum ini menewaskan Real Sociedad di tempat lawan dan membelasah Sturm Graz 3-0 di laman sendiri.

Kejayaan itu menyaksikan Bournemouth menjadi kelab England pertama sejak Sunderland pada musim 1973/74 yang memenangi tiga perlawanan Eropah pertama dalam sejarah mereka.

Sementara itu, Crystal Palace bangkit daripada kekalahan 5-0 kepada Brighton hujung minggu lalu apabila mengikat Besiktas 2-2 di Istanbul, manakala Celtic tunduk 1-2 kepada Celta Vigo.

Dalam saingan Liga Konferens, Trabzonspor menewaskan Hearts 2-0, Brighton seri tanpa jaringan dengan Jablonec, Monaco membelasah Freiburg 3-0 dan Ajax menewaskan Atalanta 2-0.

Related Posts

Conte sedia ke United tapi bersyarat

ANTONIO Conte dilaporkan menetapkan dua syarat utama untuk mengambil alih tugas sebagai pengendali Manchester United menerusi perbincangan tidak rasmi, menurut laporan media Itali. Pengurus dari Itali itu menuntut kuasa penuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kejohanan golf senior antarabangsa tarik 156 peserta dari enam negara ke Sarawak

KUCHING – Seramai 156 pemain golf senior dari enam negara bakal menyertai Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak 2026 (SISAGC 2026) yang julung kali dianjurkan di Kelab Golf Sarawak (KGS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi