PM mahu platform digital tidak bebankan PMKS

KUALA LUMPUR – Kerajaan mahu memastikan platform digital beroperasi secara adil dan tidak membebankan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), termasuk menerusi amalan komisen tinggi, terma kontrak yang menyekat serta kawalan berlebihan terhadap data pengguna.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persaingan yang adil penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi digital negara terus berkembang, selain memberi ruang kepada perniagaan tempatan meningkatkan daya saing.

Beliau berkata, perkara itu antara yang diberi perhatian ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bilangan 3 Tahun 2026, hari ini.

Katanya, mesyuarat berkenaan meneliti kemajuan ekonomi digital negara serta langkah untuk memperkukuh daya saing Malaysia dalam mendepani perkembangan teknologi.

“Antara perkara yang diberi perhatian ialah pengukuhan infrastruktur digital, penjimatan perbelanjaan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) Kerajaan dan dapatan kajian Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenai persaingan dalam ekosistem ekonomi digital,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, kerajaan berhasrat mewujudkan ekosistem ekonomi digital yang bukan sahaja berkeupayaan menarik pelaburan dan memacu pertumbuhan, malah mampu membuka peluang yang adil kepada perniagaan tempatan.

Menurut beliau, usaha itu juga bertujuan memudahkan urusan rakyat serta memastikan manfaat pembangunan ekonomi digital dapat dirasai bersama.

Sehubungan itu, aspek persaingan dalam ekosistem digital perlu diberi perhatian bagi memastikan perkembangan sektor berkenaan turut menyokong kelangsungan perniagaan tempatan, khususnya PMKS, dalam menghadapi perubahan teknologi dan landskap perniagaan.

Related Posts

MB Perlis wajar letak jawatan jika ‘gentleman’

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah wajar melepaskan jawatannya secara sukarela sekiranya berpegang kepada prinsip ‘gentleman‘ atau lelaki budiman susulan penggantungan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sokongan enam ADUN Pas penentu nasib MB Perlis – Speaker

KANGAR – Masa depan Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar Perlis kini bergantung kepada pendirian enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas susulan penggantungan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MB Perlis wajar letak jawatan jika ‘gentleman’

MB Perlis wajar letak jawatan jika ‘gentleman’

Sokongan enam ADUN Pas penentu nasib MB Perlis – Speaker

Sokongan enam ADUN Pas penentu nasib MB Perlis – Speaker

Tiga persatuan media hargai insentif khas RM700 kerajaan Sarawak

Tiga persatuan media hargai insentif khas RM700 kerajaan Sarawak

‘Tunjuk penyata bank’ – Zizie Izette cabar penyebar dakwaan harta Bung Moktar RM1.17 bilion

‘Tunjuk penyata bank’ – Zizie Izette cabar penyebar dakwaan harta Bung Moktar RM1.17 bilion

Sultan Pahang bimbang gejala sosial, budaya kebencian generasi muda

Sultan Pahang bimbang gejala sosial, budaya kebencian generasi muda

Kalah saman RM300,000: Akmal terpaksa gadai dua aset nilai sentimental jadi taruhan

Kalah saman RM300,000: Akmal terpaksa gadai dua aset nilai sentimental jadi taruhan