Isu KWAP, KWSP: Kerajaan sedia pertimbang penubuhan RCI

KUALA LUMPUR – Kerajaan terbuka mempertimbangkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya terdapat keperluan berbuat demikian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pertimbangan itu boleh dibuat sekiranya terdapat maklumat, bukti atau dapatan kukuh yang menunjukkan keperluan untuk menjalankan siasatan awam secara menyeluruh dan bebas.

Menurutnya, kerajaan komited memastikan sebarang isu berkaitan pengurusan dana awam, termasuk aspek tadbir urus dan keputusan pelaburan, diteliti berdasarkan fakta serta bukti melalui mekanisme pengawasan yang sewajarnya.

“Sekiranya hasil penelitian mendapati terdapat keperluan dan kepentingan awam yang jelas untuk suatu siasatan khas, cadangan penubuhan RCI boleh dipertimbangkan sewajarnya.

“Dalam menentukan keperluan penubuhan RCI, sama ada melibatkan institusi yang mengurus dana awam mahupun mana-mana institusi lain, kerajaan juga mengambil kira kepentingan awam, keseriusan isu, fakta dan bukti tersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan menerusi laman web Parlimen pada Selasa.

Azalina menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) mengenai kesediaan kerajaan mempertimbangkan penubuhan RCI terhadap KWAP dan KWSP berhubung isu tadbir urus, pengurusan pelaburan atau keputusan kewangan yang boleh dipersoalkan.

Menjawab soalan lanjut mengenai kriteria penubuhan RCI bagi institusi yang menguruskan dana rakyat, Azalina berkata, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada menetapkan bahawa cadangan berkenaan perlu dikemukakan melalui Memorandum Jemaah Menteri oleh kementerian peneraju.

Katanya, memorandum itu akan dipertimbangkan untuk kelulusan Jemaah Menteri sebelum Perdana Menteri mengemukakan cadangan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan.

“Sekiranya diperkenankan, penubuhan RCI akan melibatkan penetapan terma rujukan, keanggotaan dan tempoh siasatan, yang kemudiannya dimuktamadkan melalui pewartaan dalam Warta Kerajaan Persekutuan sebelum RCI memulakan fungsinya,” katanya.

Penubuhan RCI itu bagaimanapun bergantung pada penilaian terhadap keperluan siasatan, kepentingan awam serta kekuatan fakta dan bukti yang dikemukakan.

Related Posts

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

SEPANG – Seorang peniaga dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan membuat komen bersifat jelik di Facebook terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peniaga, Muhammad Zubair…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

BALI – Malaysia dan Indonesia bersetuju memperkukuh kerjasama antara agensi bagi menangani isu keselamatan dalam talian kanak-kanak, dengan pertemuan bersama Singapura dirancang pada Disember ini. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak bersedia ambil alih pengurusan buangan terjadual di bawah MA63

Sarawak bersedia ambil alih pengurusan buangan terjadual di bawah MA63

Liverpool bangkit atasi Villareal 4-3

Liverpool bangkit atasi Villareal 4-3

Pertikaian tanah pusaka, lelaki ditahan disyaki ugut bunuh bapa

Pertikaian tanah pusaka, lelaki ditahan disyaki ugut bunuh bapa

Lelaki 57 tahun meninggal dunia selepas rebah di Jalan Bayor Bukit

Lelaki 57 tahun meninggal dunia selepas rebah di Jalan Bayor Bukit

Nilai ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Nilai ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

TH laksana 76 peratus syor RCI

TH laksana 76 peratus syor RCI