Kontroversi KLIA: Shuhaily sedia hadapi pertuduhan esok

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, menyatakan kesediaannya untuk menghadapi proses perundangan berhubung dakwaan insiden melibatkan dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Beliau berkata, pihaknya menghormati segala proses dan keputusan yang ditentukan menerusi sistem perundangan negara, termasuk kehadirannya ke mahkamah yang dijadualkan berlangsung pada pagi Rabu.

“Esok (Rabu) saya bersedia untuk menghadapi proses sistem perundangan negara.

“Saya reda dan menghormati apa juga keputusan serta akan hadir ke mahkamah,” katanya, seperti dipetik Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, usaha membawa perubahan bagi memperkukuh kawalan sempadan negara mempunyai cabaran dan pengorbanan tersendiri.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan serta mendoakan kelancaran urusannya dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang terus mendoakan dan mempermudahkan urusan saya menjalankan tugas,” katanya.

Beliau dijangka berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sepang pagi Rabu, berkaitan kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis.

Pada 17 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memulangkan kertas siasatan kes berkenaan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

SEPANG – Seorang peniaga dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan membuat komen bersifat jelik di Facebook terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peniaga, Muhammad Zubair…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

BALI – Malaysia dan Indonesia bersetuju memperkukuh kerjasama antara agensi bagi menangani isu keselamatan dalam talian kanak-kanak, dengan pertemuan bersama Singapura dirancang pada Disember ini. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal