Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

GEORGE TOWN – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka pindaan undang-undang bagi memperberat hukuman terhadap individu yang mencuri kabel landasan kereta api, termasuk meningkatkan tempoh pemenjaraan dan kadar denda.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperketat peruntukan undang-undang sedia ada susulan kegiatan berkenaan yang terus mengancam operasi perkhidmatan kereta api serta keselamatan awam.

“Kita dalam proses merangka pindaan undang-undang ini dan sedang bekerjasama dengan KDN untuk memperketatkan hukuman,” katanya, seperti dipetik berita tempatan hari ini.

Menurut beliau, kecurian kabel merupakan masalah serius yang menjejaskan pelbagai pengendali perkhidmatan rel, termasuk Transit Aliran Massa (MRT), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal beroperasi.

“Setiap insiden akan mengganggu perkhidmatan kereta api, manakala kesannya bukan hanya menyebabkan kelewatan operasi tetapi juga menjejaskan keselamatan pengguna serta kebolehpercayaan rangkaian rel negara,” katanya.

Sehubungan itu, antara langkah yang disarankan ialah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi strategik serta penambahan anggota polis bantuan bagi membendung pencerobohan ke kawasan larangan.

Katanya, usaha penguatkuasaan perlu dilaksanakan seiring dengan langkah pencegahan bagi melindungi infrastruktur kereta api daripada terus menjadi sasaran kecurian dan gangguan perkhidmatan.

Kegiatan mencuri kabel dilaporkan terus menyasarkan infrastruktur pengangkutan awam, termasuk insiden terbaharu yang membabitkan Laluan MRT Kajang dan Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE).

Dalam kejadian terbaharu semalam, penjenayah dipercayai memotong kabel sepanjang kira-kira 100 meter di antara Stesen Phileo Damansara dan Pusat Bandar Damansara.

Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis bantuan dan pihak Prasarana Malaysia Berhad, dengan kabel yang dipercayai sudah digulung ditinggalkan di lokasi kejadian.

Related Posts

PRN Sarawak mungkin 12 atau 19 Disember, keputusan belum muktamad

KUCHING – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berkemungkinan diadakan pada 12 atau 19 Disember depan, namun tarikh berkenaan masih bersifat spekulasi dan belum mendapat pengesahan rasmi. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan jadikan media sosial medan menghina dan menghasut – Agong

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk menghina, mencaci, menghasut atau menjatuhkan maruah orang lain sehingga menjejaskan perpaduan masyarakat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lawas perkukuh sektor pertanian, tingkat pengeluaran beras tempatan

Lawas perkukuh sektor pertanian, tingkat pengeluaran beras tempatan

Pembinaan jeti Lawas perlu dipercepat, mudahkan penghantaran barangan

Pembinaan jeti Lawas perlu dipercepat, mudahkan penghantaran barangan

HSN 2026 Sarawak lepasi sasaran, catat lebih 530,000 penyertaan

HSN 2026 Sarawak lepasi sasaran, catat lebih 530,000 penyertaan

142 penerima APC 2025, 43 pesara PPD Betong diraikan

142 penerima APC 2025, 43 pesara PPD Betong diraikan

Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

Sukan bukan sekadar kecergasan, malah wadah penyatuan masyarakat

Sukan bukan sekadar kecergasan, malah wadah penyatuan masyarakat