Hari Sukan Negara perkukuh kesedaran gaya hidup sihat

SIBU – Hari Sukan Negara perlu dimanfaatkan sebagai medium untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat menerusi penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti fizikal.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, orang ramai tidak perlu melakukan aktiviti sukan yang berat untuk menjaga kesihatan sebaliknya boleh memulakan rutin mudah seperti berjalan kaki, berjoging, berbasikal dan bersenam secara konsisten.

“Persatuan sukan, pertubuhan belia, agensi kerajaan dan komuniti setempat digalakkan menganjurkan aktiviti yang inklusif supaya dapat disertai semua lapisan masyarakat, termasuk warga emas dan orang kurang upaya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Joshua Ting Fu Ying sempena perasmian Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Bahagian Sibu di Stadium Azman Hashim Sibujaya pada Sabtu.

Tiong berkata, peranan keluarga juga penting dalam membentuk tabiat bersukan sejak usia muda, manakala golongan belia perlu memanfaatkan aktiviti berkenaan untuk membina disiplin, keyakinan diri dan semangat kesukanan.

Menurut beliau, penglibatan dalam sukan turut membuka ruang kepada masyarakat berbilang kaum untuk berinteraksi dan mengukuhkan hubungan tanpa dibatasi perbezaan budaya, agama atau latar belakang, sekali gus memupuk perpaduan di Sibu dan Sarawak.

Pelbagai pengisian lain turut diadakan termasuk aerobik, bola sepak sembilan sebelah, bola keranjang tiga lawan tiga, wushu remaja, sukaneka perpaduan, pertandingan mewarna serta aktiviti sukan rakyat untuk warga emas dan orang kurang upaya.

Related Posts

Lawas perkukuh sektor pertanian, tingkat pengeluaran beras tempatan

Jasmine AE LAWAS – Kerajaan terus memberi perhatian kepada pembangunan sektor pertanian di Parlimen Lawas menerusi penyaluran bantuan kepada pekebun kecil serta usaha memperluas kawasan penanaman padi bagi meningkatkan pengeluaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembinaan jeti Lawas perlu dipercepat, mudahkan penghantaran barangan

LAWAS – Pembinaan jeti di Lawas perlu dipercepatkan bagi memudahkan kemasukan kapal dan penghantaran barangan secara terus ke kawasan itu bagi membantu mengurangkan kos logistik serta harga barangan keperluan harian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lawas perkukuh sektor pertanian, tingkat pengeluaran beras tempatan

Lawas perkukuh sektor pertanian, tingkat pengeluaran beras tempatan

Pembinaan jeti Lawas perlu dipercepat, mudahkan penghantaran barangan

Pembinaan jeti Lawas perlu dipercepat, mudahkan penghantaran barangan

HSN 2026 Sarawak lepasi sasaran, catat lebih 530,000 penyertaan

HSN 2026 Sarawak lepasi sasaran, catat lebih 530,000 penyertaan

142 penerima APC 2025, 43 pesara PPD Betong diraikan

142 penerima APC 2025, 43 pesara PPD Betong diraikan

Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

Sukan bukan sekadar kecergasan, malah wadah penyatuan masyarakat

Sukan bukan sekadar kecergasan, malah wadah penyatuan masyarakat