Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

PUTRAJAYA – Semua peringkat penjawat awam, khususnya Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) diminta tidak takut untuk melaporkan segala perbuatan salah laku mana-mana pihak di tempat kerja yang didapati melanggar undang-undang.

Ketua Pengarah JKOM, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, sebarang perbuatan melanggar prosedur operasi standard (SOP), termasuk proses perolehan meragukan dan pemalsuan tuntutan tidak lagi boleh disembunyikan dan perlu dilaporkan segera kepada pihak yang bertanggungjawab.

Beliau yang turut dikenali sebagai Sham Ghaz menegaskan keberanian dan ketelusan kakitangan kerajaan dalam membanteras budaya rasuah perlu dilakukan secara bersama demi kesejahteraan hidup, sekaligus melahirkan sebuah negara bebas rasuah.

“Saya juga menyeru kepada seluruh warga JKOM, jangan takut untuk bersuara. Jika anda melihat sesuatu amalan yang bertentangan dengan SOP, proses perolehan meragukan, atau percubaan memalsukan tuntutan laporkan segera.

“Pengurusan tertinggi sentiasa menyokong dan akan melindungi mereka yang berani berdiri di atas prinsip kebenaran ,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) JKOM, pada Khamis.

Dalam pada itu, Hisyamuddin yang menyifatkan pengurusan tertinggi JKOM sebagai panglima integriti memaklumkan, golongan itu bertanggungjawab dalam memastikan nilai berkenaan menjadi amalan dalam organisasi, bukan sekadar prinsip yang dinyatakan.

Menurut beliau, langkah itu mencerminkan kepentingan kepimpinan berintegriti serta keberanian warga jabatan melaporkan salah laku bagi memastikan urusan pentadbiran serta pelaksanaan tugas dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Kepada semua Pengarah, Ketua Zon dan Ketua Unit, tuan-tuan dan puan-puan adalah panglima integriti JKOM. Tunjukkan kepimpinan melalui teladan (leadership by example). Pematuhan mesti bermula dari atas ke bawah (top-down approach).

“Jika ketua memandang ringan soal integriti, nescaya anak buah akan lebih mudah tergelincir. Mari kita bulatkan tekad. Jadikan JKOM sebagai jabatan yang bukan sahaja cemerlang dalam tugas penyampaian maklumat kepada rakyat, tetapi juga bersih, dan telus dalam tadbir urusnya. Integriti kita adalah maruah kita,” katanya.

Terdahulu, menerusi bengkel tersebut, JKOM berjaya mengenal pasti titik buta (blind spots) yang berpotensi menjadi ruang kepada berlakunya rasuah, ketirisan, mahupun salah guna kuasa.

Pada masa sama, agensi tersebut berjaya merangka draf Pelan Pengurusan Risiko serta garis panduan dengan menjadi rujukan utama seluruh pentadbiran agensi terbabit yang membuktikan kesungguhan JKOM dalam membersihkan organisasi daripada sebarang anasir yang merosakkan integriti.

Related Posts

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

KUALA LANGAT – Penggunaan kecerdasan buatan (AI) disifatkan sebagai peluang besar kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) untuk meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan penghasilan kandungan kreatif bagi memperkukuh penyampaian maklumat kepada rakyat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepakaran Ali Jumaah beri manfaat kepada pembangunan ilmu turath di Malaysia

KEPAKARAN dan penguasaan mendalam bekas Mufti Besar Mesir, Profesor Dr Ali Jumaah dalam bidang turath mampu memberi manfaat kepada pembangunan ilmu Islam di Malaysia, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis