Tarif elektrik 2027: Pengguna berskala besar bayar lebih

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan konsep bayaran elektrik berdasarkan penggunaan sebenar mulai tahun depan bagi memastikan agihan kos lebih adil, selain melindungi kepentingan pengguna domestik.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah diarahkan menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti pendekatan bersesuaian, termasuk pelaksanaan konsep user pay basis atau bayaran berdasarkan penggunaan.

“Maknanya, siapa yang menggunakan lebih banyak tenaga elektrik, terutama pusat data, industri dan pengguna berskala besar, mereka akan membayar kadar tarif yang lebih tinggi.

“Langkah ini bertujuan memastikan sistem yang lebih adil dan saksama serta melindungi kepentingan pengguna domestik,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai langkah kawalan lebih bersasar bagi memastikan tarif elektrik kekal pada kadar munasabah.

Dalam pada itu, Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kenaikan harga bahan api global susulan krisis geopolitik di Asia Barat, cuaca panas berpanjangan serta pengurangan kapasiti penjanaan beberapa loji janakuasa menjadi antara faktor peningkatan bil elektrik bagi sebahagian pengguna domestik di Semenanjung Malaysia.

Katanya, gangguan keselamatan di Selat Hormuz, yang merupakan laluan penting perdagangan tenaga dunia, turut memberi kesan kepada kos bahan api seperti gas asli dan arang batu yang digunakan untuk menjana elektrik.

“Pada masa sama, faktor lain seperti pengurangan penjanaan daripada sumber hidro akibat cuaca panas berpanjangan serta kerja penyelenggaraan berjadual di beberapa loji janakuasa arang batu menyebabkan kebergantungan yang lebih tinggi kepada gas asli import.

“Ingin saya tegaskan bahawa tumpuan utama kerajaan sejak krisis bekalan tenaga global ini bermula adalah memastikan kenaikan kos tersebut tidak ditanggung sepenuhnya oleh rakyat,” katanya.

Bagi mengurangkan beban pengguna, Fadillah berkata kerajaan pada 18 September lalu mengumumkan peluasan perlindungan bil elektrik kepada pengguna domestik bagi tempoh 1 September hingga 31 Disember 2026.

Menurutnya, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan, bersamaan anggaran bil bulanan RM328 dan ke bawah, dikecualikan sepenuhnya daripada pelarasan surcaj AFA, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta Caj Peruncitan.

Related Posts

Kanak-kanak 5 tahun maut dalam nahas enam kenderaan, pemandu EV mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR – Seorang penolong pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tiga pertuduhan termasuk menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam kemalangan membabitkan enam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
60 penerbangan pembenihan awan dilaksana, rekod 90 peratus kejayaan

PETALING JAYA – Sebanyak 60 penerbangan bagi melaksanakan operasi pembenihan awan dilakukan di seluruh negara setakat Isnin lalu bagi menangani cuaca kering dan mengurangkan impak jerebu. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

557 lampu jalan solar dicadang dipasang di laluan ke Pekan Kabong

557 lampu jalan solar dicadang dipasang di laluan ke Pekan Kabong

Tarif elektrik 2027: Pengguna berskala besar bayar lebih

Tarif elektrik 2027: Pengguna berskala besar bayar lebih

Greater Kuching bakal dibangunkan sebagai bandar pintar bernilai RM550 juta

Greater Kuching bakal dibangunkan sebagai bandar pintar bernilai RM550 juta

RM545 juta utuk JENDELA 2 Sarawak, hampir 350 lokasi dikenal pasti – Fahmi

RM545 juta utuk JENDELA 2 Sarawak, hampir 350 lokasi dikenal pasti – Fahmi

Zul Hadi dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah berkuat kuasa esok

Zul Hadi dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah berkuat kuasa esok

RM698.4 juta dibelanjakan bagi projek tebatan banjir Sungai Golok

RM698.4 juta dibelanjakan bagi projek tebatan banjir Sungai Golok