RM698.4 juta dibelanjakan bagi projek tebatan banjir Sungai Golok

SEBANYAK RM698.4 juta telah dibelanjakan setakat Mei lalu bagi pelaksanaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kelantan yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM3.044 bilion bagi menangani masalah banjir.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memaklumkan, projek berkenaan dilaksanakan menerusi tiga fasa utama yang melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Rantau Panjang.

Bagi Fasa Pertama yang melibatkan kawasan Tumpat dan sebahagian Pasir Mas, kemajuan fizikal projek mencapai 78.15 peratus setakat 30 Mei lalu dengan perbelanjaan berjumlah RM593.4 juta.

Fasa Kedua pula melibatkan kawasan Jeli, Rantau Panjang dan sebahagian Pasir Mas. Projek berkenaan bermula pada April 2026 dan dijangka siap pada Oktober 2028.

PETRA memaklumkan, kerja-kerja awal sedang dilaksanakan termasuk pengukuran, penyiasatan tanah bagi tujuan reka bentuk serta penyediaan pelan pengambilan tanah dengan implikasi kewangan setakat ini berjumlah RM8.7 juta.

Sementara itu, Fasa Ketiga yang melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Rantau Panjang bermula pada April 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2029.

Kemajuan fizikal bagi fasa berkenaan kini mencapai 15.96 peratus dengan perbelanjaan sebanyak RM96.3 juta.

Maklumat itu dinyatakan PETRA menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff mengenai status projek tebatan banjir di Kelantan serta jumlah peruntukan yang diluluskan dan dibelanjakan.

Dalam perkembangan berkaitan, Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang Fasa 1 di Pulau Pinang mencapai kemajuan 44.73 peratus dan dijadualkan siap pada 2027 bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan Jelutong.

Bagi kawasan Parit Buntar, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyiapkan Kajian Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Kerian pada 2025.

Selain itu, projek pembinaan dan pembaikan ban pantai di Kuala Kurau bernilai RM11.18 juta sedang dilaksanakan dengan kemajuan sebanyak 45 peratus.

PETRA turut memaklumkan, Projek Mengatasi Banjir Pantai di Sarawak melibatkan kos keseluruhan RM316.3 juta menerusi empat pakej di 17 lokasi dan dijadualkan memasuki fasa reka bentuk terperinci mulai November ini.

Pelaksanaan projek tebatan banjir dan perlindungan pantai berkenaan bertujuan mengurangkan risiko banjir, hakisan pantai serta kesan ombak terhadap kawasan penempatan dan infrastruktur, khususnya ketika musim tengkujuh dan kejadian air pasang besar.

Foto: Awani

Related Posts

Greater Kuching bakal dibangunkan sebagai bandar pintar bernilai RM550 juta

KUCHING – Projek pembangunan bandar pintar dan kesalinghubungan digital di Greater Kuching dianggarkan bernilai RM550 juta bagi memperkukuh infrastruktur digital serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan bandar. Menteri Komunikasi, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM545 juta utuk JENDELA 2 Sarawak, hampir 350 lokasi dikenal pasti – Fahmi

KUCHING – Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 Fasa 1 di Sarawak melibatkan nilai RM545 juta dengan hampir 350 lokasi dikenal pasti bagi memperluas capaian Internet di seluruh negeri. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Greater Kuching bakal dibangunkan sebagai bandar pintar bernilai RM550 juta

Greater Kuching bakal dibangunkan sebagai bandar pintar bernilai RM550 juta

RM545 juta utuk JENDELA 2 Sarawak, hampir 350 lokasi dikenal pasti – Fahmi

RM545 juta utuk JENDELA 2 Sarawak, hampir 350 lokasi dikenal pasti – Fahmi

Zul Hadi dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah berkuat kuasa esok

Zul Hadi dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah berkuat kuasa esok

RM698.4 juta dibelanjakan bagi projek tebatan banjir Sungai Golok

RM698.4 juta dibelanjakan bagi projek tebatan banjir Sungai Golok

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu