Lelaki warga asing ditahan miliki senapang angin buatan sendiri

MUKAH – Seorang lelaki warga asing berusia 52 tahun dicekup polis susulan pemilikan selaras senapang angin guli buatan sendiri dalam satu operasi Op Laras di sini.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, tangkapan dibuat oleh sepasukan anggota dari IPD Mukah kira-kira jam 11.00 pagi di Jalan Haji Mohd Fauzi semalam, hasil maklumat dan risikan dibuat.

“Suspek kemudiannya membawa pasukan polis ke sebuah pondok persendirian di Balingian kira-kira jam 2.30 petang dan menunjukkan lokasi senjata berkenaan disimpan.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas selaras senapang angin guli buatan sendiri termasuk dua biji guli untuk dijadikan barang kes,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai petani mengaku membuat dan memiliki sendiri senapang angin tersebut bagi tujuan memburu tupai.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tanpa lesen yang sah. Suspek kini direman selama dua hari sehingga 16 Oktober 2026 bagi membantu siasatan lanjut.

  • Related Posts

    IPU Sandakan cecah 112, berada pada tahap tidak sihat

    SANDAKAN – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sandakan mencatatkan 112 setakat pukul 3 petang, sekali gus meletakkan kawasan itu dalam kategori tidak sihat. Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Kelewatan Pan Borneo Fasa 1A libat pelbagai cabaran – Salleh

    KOTA KINABALU – Kelewatan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A bukan berpunca daripada satu pihak sahaja, sebaliknya membabitkan pelbagai cabaran teknikal, pentadbiran dan kewangan, kata Ketua Merinyu Projek, Datuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    IPU Sandakan cecah 112, berada pada tahap tidak sihat

    • By Fandi
    • October 15, 2026
    IPU Sandakan cecah 112, berada pada tahap tidak sihat

    Kelewatan Pan Borneo Fasa 1A libat pelbagai cabaran – Salleh

    Kelewatan Pan Borneo Fasa 1A libat pelbagai cabaran – Salleh

    Puad persoal idea ekonomi Hamzah, tindakan Rafizi lepas kerusi Pandan

    Puad persoal idea ekonomi Hamzah, tindakan Rafizi lepas kerusi Pandan

    Cadangan mansuh syarat simpanan minimum RM15,000 haji dijawab di Dewan Rakyat

    Cadangan mansuh syarat simpanan minimum RM15,000 haji dijawab di Dewan Rakyat

    Pengerusi PERDA tidak mengaku terima suapan RM800,000

    Pengerusi PERDA tidak mengaku terima suapan RM800,000

    557 lampu jalan solar dicadang dipasang di laluan ke Pekan Kabong

    557 lampu jalan solar dicadang dipasang di laluan ke Pekan Kabong