Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

IPOH – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) negeri Perak akan beroperasi seperti biasa mulai esok, 12 Oktober, selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua stesen pemantauan negeri itu direkodkan di bawah paras 150 setakat jam 2 petang pada Ahad.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat susulan perkembangan terkini kualiti udara, sekali gus memberi kepastian kepada ibu bapa, penjaga, guru dan murid mengenai operasi persekolahan selepas beberapa kawasan di negeri itu terjejas akibat jerebu.

“Berdasarkan IPU terkini, semua institusi pendidikan KPM di negeri ini akan beroperasi seperti biasa.

“JPN Perak akan terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memastikan sebarang tindakan susulan dilaksanakan berdasarkan garis panduan serta arahan KPM,”katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Perkembangan itu menyusul selepas sebanyak 362 sekolah di bawah PPD Kinta Utara, Kinta Selatan dan Kuala Kangsar dilaporkan ditutup pada 9 Oktober lalu susulan bacaan IPU di stesen pemantauan Tasek, Ipoh mencecah 180, iaitu pada tahap tidak sihat.

Penutupan berkenaan melibatkan 154,404 murid, 14,619 guru dan 2,094 anggota kumpulan pelaksana (AKP), sekali gus memberi kesan besar terhadap operasi pendidikan dan rutin harian keluarga yang terlibat.

Susulan penutupan itu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan bagi memastikan proses pembelajaran murid dapat diteruskan sepanjang sekolah tidak dapat beroperasi secara bersemuka.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah, memaklumkan status pembukaan semula sekolah pada Isnin akan ditentukan berdasarkan bacaan IPU pada Ahad, dengan keselamatan murid menjadi pertimbangan utama.

Dalam pada itu, ibu bapa dan penjaga diminta supaya sentiasa peka terhadap perkembangan semasa serta mengikuti maklumat rasmi yang dikeluarkan JPN Perak dan pihak sekolah, khususnya sekiranya berlaku perubahan ketara pada bacaan IPU.

Zulkafli menegaskan bahawa keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta seluruh warga pendidikan kekal menjadi keutamaan dalam setiap tindakan yang diambil sepanjang situasi jerebu yang sedang melanda negara.

“Walaupun sesi persekolahan kembali berjalan seperti biasa, pemantauan berterusan terhadap kualiti udara kekal penting bagi memastikan sebarang perubahan keadaan dapat ditangani segera, selain mengelakkan risiko kesihatan kepada murid dan warga sekolah,”katanya.

Related Posts

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

KUCHING — Pengumuman Belanjawan 2027 yang menyaksikan peningkatan bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI daripada RM400 kepada RM500 mendapat sambutan positif dalam kalangan mahasiswa Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di Semenanjung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

KUANTAN – Golongan wanita di Pahang diseru agar tidak membiarkan rasa takut menghalang mereka daripada menjalani pemeriksaan kesihatan, khususnya saringan kanser payudara bagi membolehkan penyakit itu dikesan dan dirawat lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara