RM100 juta tangani banjir kilat di Lembah Klang

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi menangani bencana banjir kilat di Lembah Klang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia sebagai langkah segera bagi menyelesaikan masalah serius itu.

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor menyepakati lima langkah utama termasuk menilai keupayaan Empangan Batu dan Empangan Klang Gate bagi 30 tahun mendatang. 

“Ia untuk membangunkan kolam takungan dan menyelenggara sungai bagi mengurangkan risiko banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata peruntukan kepada negeri-negeri agar mencipta lonjakan dan merapatkan jurang perbezaan. 

“Itulah makna konsep keserataan. Bukan semua menerima perkara yang sama, tetapi setiap negeri menerima apa yang munasabah dan wajar untuk memungkinkan rakyatnya ikut maju,” katanya.

  • Related Posts

    Penekanan AI dalam Belanjawan 2027 langkah strategik pacu ekonomi digital

    KUALA PERLIS – Penekanan terhadap pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam Belanjawan MADANI 2027 mendapat sokongan penggiat industri teknologi yang menyifatkannya sebagai langkah strategik bagi memperkukuh daya saing Malaysia dalam…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Pembangunan Lembah Chuping, Pelabuhan Darat Perlis diberi tumpuan

    KANGAR – Pembangunan Lembah Chuping, Pelabuhan Darat Perlis serta penaiktarafan Kompleks Usahawan Tempatan Kuala Perlis antara inisiatif khusus negeri ini yang diumumkan menerusi Belanjawan MADANI 2027. Perdana Menteri merangkap Menteri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

    Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

    Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

    Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

    Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

    Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

    Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

    Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

    Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

    Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

    Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir

    Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir