KPM kekal terima peruntukan tertinggi, hampir RM69 bilion

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) kekal sebagai kementerian yang menerima peruntukan tertinggi iaitu hampir RM69 bilion berbanding RM66.2 bilion pada tahun sebelumnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut meningkatkan peruntukan bagi membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah daripada RM1 bilion kepada RM2 bilion.

“Peruntukan ini bermakna peruntukan sekolah kebangsaan naik kepada RM900 juta, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) naik kepada RM100 juta, peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) naik kepada RM50 juta dan peruntukan kepada sekolah agama rakyat, institusi tahfiz serta sekolah pondok berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) naik kepada RM200 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Anwar berkata, hampir RM1.3 bilion disediakan bagi menaik taraf 682 sekolah daif, khususnya di Sabah dan Sarawak manakala sebanyak 3,500 bilik darjah tambahan juga dijangka siap menjelang akhir tahun melalui kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Kerajaan turut merancang pembinaan sekolah baharu, bangunan prasekolah dan kemudahan pendidikan sedia ada, termasuk sebuah kolej matrikulasi baharu di Marang, Terengganu.

Bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam meningkatkan kualiti persekitaran sekolah, Tabung Sumbangan Wang Awam Sekolah akan ditambah baik. Sumbangan tunai kepada tabung itu layak mendapat potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat.

Related Posts

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan disifatkan sebagai reformasi penting pasaran tenaga kerja yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah membantu memperkukuh kecukupan simpanan persaraan ahli Kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak