Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

KUALA LUMPUR – Perbelanjaan kerajaan bagi pemberian kebajikan dan bantuan kepada masyarakat, individu serta keluarga meningkat 380.8 peratus kepada RM20.36 bilion pada 2025 berbanding RM4.24 bilion pada 2024.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2/2026 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025, peningkatan RM16.12 bilion itu antaranya disebabkan penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) dan kos operasi STR.

“Peningkatan perbelanjaan ini antaranya disebabkan oleh penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) dan Kos Operasi STR,” menurut laporan itu.

Dalam pada itu, perbelanjaan subsidi kerajaan pada 2025 berkurangan 40.1 peratus kepada RM23.43 bilion berbanding RM39.10 bilion pada 2024.

Laporan berkenaan menyatakan penurunan RM15.67 bilion itu antaranya disumbangkan oleh penurunan harga minyak mentah dunia serta pelaksanaan inisiatif penyasaran semula subsidi diesel dan petrol.

Perbelanjaan subsidi produk petroleum berkurangan RM15.79 bilion kepada RM19.11 bilion pada 2025 berbanding RM34.91 bilion pada 2024.

“Pengurangan perbelanjaan subsidi antaranya disebabkan oleh penurunan harga minyak mentah dunia dan inisiatif penyasaran semula subsidi diesel bermula Jun 2024 serta subsidi petrol pada September 2025,” menurut laporan itu.

Harga purata minyak mentah dunia turut turun kepada AS$69.053 setong pada 2025 berbanding AS$80.818 setong pada 2024.

Perbelanjaan subsidi petrol berkurangan 46.5 peratus kepada RM10.51 bilion daripada RM19.66 bilion, manakala subsidi diesel turun 48.2 peratus kepada RM5.98 bilion daripada RM11.54 bilion.

Subsidi gas petroleum cecair (LPG) pula berkurangan 29.1 peratus kepada RM2.63 bilion daripada RM3.71 bilion.

Related Posts

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memperkukuh penguatkuasaan dan mempertahankan amalan tatakelola yang baik bagi mengekang kegiatan pencerobohan tanah tanpa kebenaran. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegiatan berkenaan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

KOTA KINABALU – Kerjasama antara Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) terus diperkukuhkan di peringkat bahagian, susulan kehadiran pimpinan ketiga-tiga parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran