Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

KOTA KINABALU – Kerjasama antara Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) terus diperkukuhkan di peringkat bahagian, susulan kehadiran pimpinan ketiga-tiga parti pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Warisan Sepanggar.

Naib Presiden KDM, Jumardie Lukman, yang juga Ketua Bahagian P171 KDM Sepanggar, hadir bersama barisan kepimpinan bahagiannya pada majlis berkenaan.

Turut hadir pimpinan STAR Karambunai diketuai Datuk Stephen Teo bersama rombongan.

Jumardie berkata, kebersamaan antara parti-parti tempatan perlu terus diperkukuhkan di peringkat akar umbi, khususnya dalam membawa isu dan kepentingan rakyat Sabah.

Katanya, hubungan baik antara pimpinan di peringkat bahagian juga penting bagi memastikan kerjasama yang dibina dapat diterjemahkan menerusi program serta gerak kerja bersama.

“Kita perlu terus memperkukuhkan hubungan di peringkat bahagian supaya kerjasama yang dibina bukan sekadar di peringkat kepimpinan, tetapi turut dapat diterjemahkan melalui gerak kerja bersama di lapangan,” katanya.

Kehadiran pimpinan KDM dan STAR pada AGM Warisan Sepanggar itu turut mencerminkan kesinambungan hubungan antara ketiga-tiga parti tempatan di peringkat bahagian.

Pada penutup majlis, Jumardie turut mengajak seluruh hadirin melaungkan seruan bersama sebagai simbol kesatuan dan kebersamaan.

“Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!,” katanya.

Menurutnya, laungan itu membawa mesej kesatuan dan semangat kerjasama dalam kalangan parti tempatan Sabah.

Related Posts

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memperkukuh penguatkuasaan dan mempertahankan amalan tatakelola yang baik bagi mengekang kegiatan pencerobohan tanah tanpa kebenaran. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegiatan berkenaan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

KUALA LUMPUR – Perbelanjaan kerajaan bagi pemberian kebajikan dan bantuan kepada masyarakat, individu serta keluarga meningkat 380.8 peratus kepada RM20.36 bilion pada 2025 berbanding RM4.24 bilion pada 2024. Menurut Laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran