‎Sukan MAKSUR perkukuh kerja berpasukan, tangani tekanan warga JPKA Sabah

SANDAKAN – Program Pemantapan Kerja Berpasukan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah 2026 atau Sukan MAKSUR mampu memperkukuh semangat kerja berpasukan serta membantu mengurangkan tekanan dalam kalangan kakitangan.
‎
‎Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata, program tahunan itu bukan sahaja menjadi ruang untuk bersukan, malah platform mengeratkan hubungan serta bertukar pandangan berkaitan sistem perkhidmatan.
‎
‎”Program berkenaan dianjurkan secara bergilir-gilir melibatkan lapan Cawangan MAKSUR iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kudat, Keningau, Institusi, Ibu Pejabat dan Beaufort.
‎
‎“Bagi tahun 2026, Cawangan MAKSUR Sandakan menyahut cabaran menjadi tuan rumah kepada program yang signifikan dalam kalangan warga JPKA Sabah.
‎
‎“Bersukan bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi medium untuk kita kekal cergas, aktif dan sihat,” katanya.

‎Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal ketika merasmikan program itu di Dewan Rumah Warga Tua Sri Harapan, di sini, pada Jumaat.
‎
‎Menurut Julita, aspek kesihatan mental kakitangan juga perlu diberi perhatian berikutan cabaran yang semakin membimbangkan.
‎
‎”Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, kira-kira 4.2 juta rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas atau 29.2 peratus populasi mengalami pelbagai masalah mental, manakala Sabah mencatatkan kadar 42.9 peratus.
‎
‎“Antara faktor yang boleh menyumbang kepada masalah kesihatan mental termasuk tekanan kewangan, perceraian, bebanan tugas, penyalahgunaan dadah dan pelbagai cabaran kehidupan lain.
‎
‎“Justeru, usaha memperkasakan program yang dapat mengurangkan tekanan, khususnya dalam kalangan kakitangan JPKA Sabah, amat dialu-alukan,” ujarnya.

Tambahnya, kesihatan fizikal dan mental yang baik dapat membantu mewujudkan persekitaran kerja lebih harmoni, kondusif dan produktif, sekali gus meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
‎
‎Dalam pada itu, Julita mencadangkan supaya aktiviti seperti e-sukan dan pickleball dipertimbangkan dalam penganjuran akan datang bagi memastikan program kekal relevan dan menarik kepada semua peringkat kakitangan.
‎
‎Julita turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah JPKA Sabah, Jais Asri, jawatankuasa pelaksana, Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan serta Majlis Kebajikan Sukan dan Rekreasi Sabah atas komitmen menjayakan program berkenaan.

Related Posts

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

KOTA BHARU – Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia selepas hampir 24 jam menerima rawatan akibat kecederaan parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di Kubang Kerian, di sini, Ahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penderhakaan moden UMNO-PN, usaha gulingkan Tuanku Muhriz wajar dikenakan tindakan – Pakar

USAHA menggulingkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir oleh kepemimpinan gabungan UMNO-Perikatan Nasional (PN) negeri bersama Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco disifatkan sebagai ‘penderhakaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun