Suspek pukul pelajar di asrama disambung reman 7 hari

KUALA PILAH – Reman terhadap seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Dua di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah 25 September lalu disambung tujuh hari lagi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, tempoh reman terhadap suspek bermula 2 Oktober hingga 8 Oktober ini dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

“Tempoh reman terhadap suspek selama tujuh hari sebelum ini tamat hari ini dan pihak polis telah membuat permohonan sambung reman di hadapan Majistret bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan,” katanya, seperti dipetik berita tempatan pada Khamis.

Beliau turut memaklumkan sehingga kini seramai 70 individu daripada pelbagai individu termasuk pelajar, guru dan jurulatih telah pun diambil.

Manakala, jumlah pelajar yang tampil menyatakan pernah dibuli suspek kekal lima orang.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Idlan Fareeq, 14, dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini selepas ditemui tidak sedarkan diri di asramanya sebelum disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Mangsa dipercayai dipukul dengan menggunakan getah paip oleh dua pelajar senior.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan