“Jika harga itu diri saya, saya bayar dengan diri saya” – Shuhaily

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan atau tindakan  susulan insiden video tular di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin.

Mohd Shuhaily berkata, apa juga tindakan terhadap dirinya selepas ini diharap tidak menjejaskan pasukan AKPS yang disifatkannya sebagai tulang belakang kepada usaha memperkukuh keselamatan pintu masuk negara.

“Saya telah memaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan dan juga kementerian mengenai perkara ini. Justeru, apa jua keputusan mereka, saya terima.

“Bagi saya, untuk mengubah sesuatu ia mempunyai harga. Sekiranya harga itu adalah diri saya, maka saya bayar dengan diri saya,” katanya ketika sidang akhbar pada Khamis.

Mohd Shuhaily berkata, beliau tidak menganggap dirinya sempurna dan mengakui bersedia berdepan dengan segala implikasi daripada insiden tersebut.

“Saya berdiri di hadapan anda semua untuk menghadapi dan bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily menjelaskan kejadian berlaku ketika dirinya bersama pegawai menjalankan penguatkuasaan terhad di aras lima KLIA selepas membuat tinjauan persediaan AKPS bagi menghadapi kemasukan pengunjung sempena perlumbaan Formula 1 hujung minggu ini.

“Penguatkuasaan berkenaan turut dibuat susulan aduan mengenai kegiatan sindiket ulat warga asing serta peningkatan penemuan dadah dan barangan kontraban di lokasi pemeriksaan bagasi.

“Ketika penguatkuasaan itu dijalankan, seorang warga asing yang dipercayai terlibat dalam sindiket ulat ditahan sebelum dibawa ke bilik pemeriksaan bagasi,” katanya.

Menurutnya, ketika sesi temu bual terhadap warga asing berkenaan sedang dijalankan, dua individu yang tidak dikenali muncul dan merakam kejadian tersebut.

“Apabila didekati pegawai saya dan dibawa ke hadapan untuk melihat apa yang dirakam, arahan diberikan supaya mereka memadam rakaman tersebut.

“Saya memberikan amaran yang paling tegas, bahawa penguatkuasaan pada ketika itu hanya membabitkan pegawai AKPS, bersama Aviation Security (AVSEC) KLIA sahaja,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun