SPRM cadang penambahbaikan tatakelola UiTM Holdings

KUALA LUMPUR – Kepincangan tatakelola yang dikesan dalam siasatan terhadap UiTM Holdings Sdn Bhd akan diperbaiki menerusi beberapa cadangan penambahbaikan yang akan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pihak berkaitan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, penilaian terhadap aspek tatakelola adalah sebahagian daripada proses penyiasatan SPRM, termasuk apabila kelemahan ditemukan tetapi tidak semestinya membawa kepada pertuduhan di mahkamah.

“Ya, kebiasaannya apabila kita menyiasat, tatakelola itu adalah sebahagian daripada aspek penyiasatan kita.

“Adakala tatakelola itu tidak menyebabkan pertuduhan dikenakan kepada tertuduh di mahkamah, tetapi ia boleh menjadi penambahbaikan,” katanya pada sidang media Majlis Sambutan ke-59 SPRM dan Perhimpunan Bulanan SPRM di sini, hari ini.

Beliau berkata, SPRM akan mengesyorkan langkah penambahbaikan terhadap apa juga kepincangan yang dikenal pasti sepanjang proses siasatan.

Bagaimanapun, Abd Halim enggan mengulas secara terperinci mengenai bentuk atau jumlah kepincangan tatakelola yang ditemukan dalam siasatan berkenaan.

UiTM Holdings sebelum ini dilaporkan mencatat kerugian sebelum cukai terkumpul kira-kira RM157 juta bagi tahun kewangan 2017, 2018, 2019 dan 2021.

Susulan itu, SPRM menjalankan siasatan sejak 2023 terhadap dakwaan penyelewengan, termasuk berkaitan projek solar berkapasiti 50 megawatt di Gambang, Pahang serta kelemahan tadbir urus yang dibangkitkan.

Siasatan turut memberi tumpuan kepada beberapa isu membabitkan dana dan pelaburan yang dibuat UiTM Holdings sehingga mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UiTM Holdings Sdn Bhd, Azlizan Fadzil, 53, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan RM37.37 juta, sembilan tahun lalu.

Mengulas perkembangan siasatan kes itu, Abd Halim berkata, siasatan setakat ini hanya menjurus kepada seorang suspek, iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif UiTM Holdings yang didakwa di mahkamah hari ini.

Beliau berkata, SPRM bagaimanapun akan meneruskan siasatan sekiranya terdapat bukti baharu yang membabitkan individu lain.

“Penyiasatan dijalankan oleh SPRM sejak 2023, kita akui penyiasatan itu agak lama, namun penyiasatan itu adalah satu proses yang berterusan, dia tidak ada had masa.

“Jadi untuk (kes) UiTM Holdings ini, penyiasatan kita menjurus kepada seorang suspek yang telah dituduh. Setakat ini, penyiasatan kita itu sahaja. Namun, jika terdapat bahan bukti yang baru dan sebagainya, kita akan teruskan menyiasat,” katanya.

Related Posts

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

PELAJAR perlu diberikan pendedahan mengenai kesalahan jenayah dan implikasi undang-undang supaya mereka memahami keseriusan sesuatu tindakan, khususnya kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan bunuh. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM