KTYS perlu tingkat peranan dalam pendidikan akademik, TVET – Hajiji

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) mempertingkatkan peranan dalam penyediaan pendidikan akademik dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Beliau berkata, sebagai sebuah institusi pendidikan yang mempunyai hubungan rapat dengan agenda pembangunan modal insan Yayasan Sabah, KTYS perlu terus responsif terhadap perubahan industri, teknologi dan keperluan tenaga kerja negeri.

“Pasaran kerja hari ini tidak hanya menuntut kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi juga menuntut kemahiran teknikal yang tinggi, pemikiran kritikal, dan keupayaan adaptasi yang cepat.

“Di sinilah peranan institusi seperti KTYS menjadi sangat penting,” katanya pada majlis Konvokesyen KTYS ke-29 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Khamis.


Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Beliau berkata, pihak pengurusan dan seluruh warga KTYS perlu terus meningkatkan mutu program pendidikan dan latihan, dengan sentiasa mengambil kira perkembangan industri dan keperluan sebenar pasaran pekerjaan.

“Jadikan perkembangan graduan sebagai salah satu ukuran penting keberkesanan program yang ditawarkan.

“Pengalaman alumni dalam pekerjaan dan pengajian lanjutan serta maklum balas pihak industri dan majikan perlu dimanfaatkan untuk menambah baik program pengajian dari semasa ke semasa,” katanya.

Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata, sebagai ejen perubahan, graduan KTYS memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan kemajuan sesebuah negeri berjalan dengan lancar, stabil, dan memberi impak jangka panjang.

“Pada masa yang sama, pihak industri juga perlu memainkan peranan dengan menyediakan peluang latihan, bimbingan, pendedahan dan pengalaman kerja kepada para pelajar,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata, pada Belanjawan Sabah 2026, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM437.93 juta untuk tujuan memperkasa dan membangunkan modal insan bukan sahaja dari aspek akademik tetapi juga aspek spiritual.

“Tahun ini juga menandakan tahun pertama pelaksanaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0 yang mana komitmen ini perlu diterjemahkan kepada hasil yang dapat dirasai oleh rakyat.

“Ukuran kejayaannya adalah sejauh mana lebih ramai anak Sabah berpeluang melanjutkan pengajian, menguasai kemahiran dan memperoleh pekerjaan yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka,” jelasnya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun