Baru dua bulan aktif, JSJN berjaya rampas dadah RM3.5 juta

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket pengedaran dadah menerusi tiga operasi berasingan sejak 21 hingga 27 September lalu, dengan nilai rampasan RM3.5 juta.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang itu turut membawa kepada penahanan lima individu termasuk seorang wanita warga asing dalam serbuan di daerah Timur Laut dan Bukit Mertajam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, serbuan pertama dijalankan pada 21 September lalu apabila pasukan JSJN menyerbu sebuah lokasi di sekitar Jalan Masjid Negeri,kira-kira pukul 3.30 petang.

Menurutnya, serbuan itu membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun.

“Penahanan suspek telah membawa kepada pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang digunakan suspek yang disyaki dijadikan tempat penyimpanan dadah dan peralatan memproses.

“Di situ, polis menemui 8.83 kilogram heroin, 5.35 kilogram serbuk kafein serta peralatan memproses dadah yang dianggarkan bernilai RM443.518,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, tadi.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pada 22 September lalu, pasukan JSJN Pulau Pinang telah menjalankan dua serbuan berasingan di sekitar Jalan Tun Dr. Awang di Sungai Nibong Kecil.

“Serbuan tersebut telah membawa tangkapan sepasang kekasih terdiri lelaki warga tempatan dan wanita warga asing yang masing-masing berusia 27 dan 42 tahun.

“Polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah dipercayai jenis serbuk MDMA dan cecair bahan terlarang itu yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta,” ujarnya.

Jelasnya lagi, pada 27 September lalu, polis sekali lagi menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di Bukit Mertajam.

“Serbuan ketiga itu telah berjaya merampas sebanyak 11.8 kilogram serbuk MDMA, 182 biji pil ekstasi, heroin dan 70 gram ketamin yang dianggarjan bernilai RM1.8 juta,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kesemua suspek dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak Julai lalu di sekitar negeri ini.

Tambahnya, kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh